Isu amanah dan LTTE: Exco Melaka, Adun DAP ditahan polis??

CG Sponsors




biomedik2

Active+ Member
Joined
Jan 19, 2020
Messages
3,744
Reaction score
1,164
Points
111
10 Oct 2019

Isu LTTE: Exco Melaka, Adun DAP ditahan polis

Diterbitkan Hari ini 1:41 tengahari | Dikemaskini Hari ini 1:41 tengahari


e9efe23a18336af5c7ebfe329076bf4c.jpg



Polis menahan exco Melaka G Saminathan dan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seremban Jaya P Gunasekaran atas dakwaan mempunyai hubungan dengan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Antikeganasan, Cawangan Khas Bukit Aman, Ayub Khan Mydin Pitchay mengesahkan penahanan dua pemimpin DAP itu.

Kedua-dua mereka dipercayai ditahan pagi ini.

Maklumat juga tersebar di Whatsapp bahawa Saminathan, yang juga Adun Gadek, ditahan di pejabatnya dan digari.

Malaysiakini bagaimanapun tidak dapat mengesahkan perkara itu.



Sumber-sumber mengesahkan dengan Malaysiakini bahawa mereka berdua ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau Sosma.

Akta itu membenarkan penahanan selama 28 hari.

Ketua Menteri Melaka Adly Zahari juga dilaporkan mengesahkan terdapat exconya ditahan polis tetapi tidak menjelaskan sebab penahanan itu.

“Ada maklumat seorang exco ditahan polis Bukit Aman. Secara dasar. kerajaan negeri akan berurusan dengan pihak berkuasa bagi mendapatkan maklumat punca beliau ditahan.

“Saya yakin, exco berkenaan akan memberikan kerjasama bagi membantu siasatan,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Berita Harian.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy, yang berkali-kali menafikan mempunyai hubungan dengan LTTE, berkata hanya mempunyai maklumat yang terhad berkaitan penahanan itu.

“Saya dimaklumkan bahawa terdapat juga NGO juga ditahan.

“Ini mungkin sebahagian daripada operasi yang lebih besar,” katanya kepada Malaysiakini.

 
Sponsored Post

Cricket

Fun Poster
Joined
Oct 25, 2008
Messages
268
Reaction score
62
Points
20
yang ni dah takde update ke
Tommy tomas da lepaskan sebelum keruntuhan kerajaan ph. Case closed



 

biomedik2

Active+ Member
Joined
Jan 19, 2020
Messages
3,744
Reaction score
1,164
Points
111
Tommy tomas da lepaskan sebelum keruntuhan kerajaan ph. Case closed



kita yang undi mereka
 
Sponsored Post
Top
Log in Register