BTC USD 28,465.0 Gold USD 1,969.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isu air Selangor: Hendak tunggu berapa tahun lagi?

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
38,045
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
38,045
Reaction score
4,947
Points
261
Awards
1
Isu air Selangor: Hendak tunggu berapa tahun lagi?

February 1, 2023
NEGERI lain juga ada masalah air namun tidak seteruk Selangor, sedangkan ia adalah antara negeri paling kaya di Malaysia. Pelik bukan?

Selangor mempunyai kadar kekerapan terputus bekalan air yang tertinggi di Malaysia.

Sejak 2014 lagi rakyat Selangor terpaksa menghadapi isu yang sama.

Tahun 2020 sahaja Selangor telah melalui 9 siri pencemaran sumber air mentah dan 8 kali gangguan bekalan air yang menjejaskan sebahagian besar pengguna.

Inipun masih ada orang nak berhujah yang catuan bekalan air adalah disebabkan musim kemarau.

Bukannya kerajaan negeri dan Persekutuan tidak tahu isu yang berlaku. Mereka sudah maklum sejak lebih sepuluh tahun yang lalu.

Tiada usaha yang digerakkan ke? Ada. Cuba tanya, apa khabar pelan penstrukturan industri bekalan air Selangor 2008?

Operasi kilang haram yang menyukarkan kerja-kerja memantau pencemaran sungai dan yang menjadi punca pencemaran juga tiada penyelesaian sampai sekarang.

Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) sendiri sudah pernah menegur sikap Kerajaan Selangor yang dilihat teragak-agak dan mengambil masa lama memutuskan tindakan tuntas untuk menamatkan isu kilang dan premis yang beroperasi secara haram ini. Selangor yang menyedihkan.

Pembangunan begitu rancak namun isu air tetap berulang sedangkan permintaan bekalan air akan terus meningkat 3-4 peratus setiap tahun.

Hendak tunggu berapa tahun lagi baru rakyat Selangor boleh merasai nikmat hidup tanpa perlu singsing lengan baju mengangkut air? Sekian.

ZAIDY ABDUL TALIB
Yang Dipertua
PAS Kawasan Selayang – HARAKAHDAILY 1/2/2023

 
Sponsored Post

dausbiz

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
55,857
Paid Membership
Joined
Apr 27, 2015
Messages
55,857
Reaction score
2,456
Points
666
Awards
1
Bab ayaq nie pi la sembang ngan ayaq pba penang

Cepat jer setel

Kalau leh kepakaran pba penang kene salur ke semua negeri bermasalah ayaq

Setakat saya hidup berpuluh tahun kat penang

Masalah ayaq nie cepat setel sat saja tak besa lama lama

Bil ayaq pun antara termurah kat malaysia
 

Mad_Hatter

Legendary Member
gem
Messages
10,341
Joined
Apr 12, 2011
Messages
10,341
Reaction score
1,788
Points
201
Jaman dulu depa salahkan Khir Toyo.
Tapi bila memerintah, kona baring pulak dah.
Tu lah pendatang cuma pandai kondem orang je. Kerja apa pun tak jalan 😅

Kerajaan Negeri Selangor gagal menangani masalah banjir – adakah ini ialah tuduhan melulu atau kerajaan negeri ingin lari daripada tanggungjawabnya?



Media Statement

by Lau Weng San



(Petaling Jaya, Wednesday): Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr. Khir toyo telah pada 12hb September menyatarkan bahawa tuduhan bahawa kerajaan negeri gagal menangani masalah banjir dengan baik adalah tuduhan melulu yang bertujuan untuk menjatuhkan imej kerajaan negeri.​
Kami berpendapat bahawa MB tidak seharusnya asyik menuding jari terhadap orang lain tanpa melihat apakah kelemahan pada kerajaan negeri sendiri kerana ini bukannya kali pertama berlakunya banjir yang sebegini serious di Selangor tahun ini. Pada bulan Februari yang lepas, satu banjir kilat yang jauh lebih serious telah melanda kawasan yang sama dan kerajaan negeri Selangor di bawah kepimpinan Khir Toyo sudah sepatutnya mempelajari pengajarannya, apatah lagi negeri Selangor di bawah kerajaan pimpinan Khir Toyo sudah mengisytiharkan dirinya sendiri sebagai negeri maju.

Apa yang patut dilakukan oleh Khir Toyo ialah untuk memperjelaskan keadaan sebenarnya dan ini paling baik dilakukan pada bulan Mac yang lepas apabila kerajaan negeri mempunyai peluang untuk membentangkan satu kertas putih di DUN Selangor pada 14hb Mac untuk memperjelaskan segala-galanya.

Ini antaranya merupakan seruan utama DAP Selangor semasa berlakunya kejadian banjir besar pada bulan Februari.

Malangnya, seruan ini tidak dihirau langsung. Dan apabila MB sendiri tidak ingin tampil memberi penjelasan kepada rakyat, bagaimana MB boleh menolak segala tanggungjawabnya kepada orang lain dan mendakwa bahawa tuduhan-tuduhan terhadap kerajaan negeri sebagai tuduhan melulu?

Saya sendiri telah melawat ke tempat kejadian iaitu Kampung Melayu Kebun Bunga untuk memantau keadaan di situ dan saya mendapati keadaan itu sangat serious di mana jalan-jalan di sana begitu becak dan penduduk-penduduk kampung menuduh bahawa air banjir mencecah ke paras satu meter dalam. Kedalaman air sebegini cukup untuk melemaskan mana-mana budah kecil.

Malangnya, saya tidak melihat apa-apa bantuan kemanusiaan ataupun skuad pembantu daripada agensi kerajaan untuk membantu penduduk-penduduk kampung. Yang kelihatan ialah penduduk-pendudk sendiri yang kena bertungkus-lumus membersihkan kampung halaman masing-masing dan banyak harta benda mereka yang rosak akibat ditenggelami air banjr.

Inilah mentaliti yang ditonjolkan oleh kerajaan negeri yang kononnya sebuah kerajaan yang mengurus negeri yang maju.

Siapa yang boleh dipersalahkan kecuali MB sendiri jikalau kerja-kerja penanganan banjir ini tidak dijalankan dengan baik dan betul.

(13/09/2006)

 

haniefmunchkien

Active Member
Messages
2,491
Joined
Feb 27, 2010
Messages
2,491
Reaction score
716
Points
81
hahahaha... aku gelak ja bila baca isu air di selangor..

dulu depa kata syabas x reti urus air, depa terminate kontrak, ambik alih dan urus sendiri..

aku ingat lagi masa krisis air, member aku tengah tutup valve pakai besi bentuk 'T' tu tiba2 Terxsa Kok mai maki (masa tu masih under syabas) .. mujur member aku x hempuk dia dengan besi tu 😂

isu air di selangor sebenarnya sangat fragile dan telah di 'under carpet' sejak diambil alih.. konon bila ambik alih semua masalah settle padahal dok sembunyi macam2 isu..

tunggu la 1 hari nanti confirm meletup punya isu air kat selangor, berapa lama sungai langat dan sungai selangor tu nak bertahan..
 

silasroon

Super Active Member
gem
Messages
6,386
Joined
Oct 10, 2016
Messages
6,386
Reaction score
2,680
Points
211
Awards
1
Isu air di selangor ni senang je nak settle......stop kan perumahan.......selagi ada air, selagi itu ada manusia...

So, bila takde rumah dibina, orang lain tak datang tinggal di selangor.

Penggunaan air pun tak tinggi.

Di pahang sana banyak air....air sungai pahang, sila bina rumah di pahang pulak.....kikikikikiki
 

haniefmunchkien

Active Member
Messages
2,491
Joined
Feb 27, 2010
Messages
2,491
Reaction score
716
Points
81
langkah paling tuntas yg aku nampak sekarang adalah penstrukturan bekalan air secara mega iaitu melibatkan penggabungan semua syarikat2 air negeri seluruh malaysia tanpa mengira bidang kuasa state dan faktor politik.. ala2 TNB la

skang ni yg ada di peringkat federal cuma SPAN dan PAAB saja utk pantau dan kawal isu air.. PAAB pun cuma kawal aset saja.. lain2 under kerajaan negeri..

tu yg masing2 negeri terkial2 settle isu air masing2..
 
Sponsored Post

Top
Log in Register