BTC USD 95,776.2 Gold USD 2,700.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isu air: Ketua Menteri Pulau Pinang mohon maaf kepada penduduk Sungai Bakap

zackpenang

Active+ Member
gem
Messages
4,378
Joined
Jan 9, 2010
Messages
4,378
Reaction score
1,685
Points
111

Isu air: Ketua Menteri Pulau Pinang mohon maaf kepada penduduk Sungai Bakap​

SeeOleh Nur Izzati Mohamad
Jun 29, 2024 @ 11:55pm
[email protected]

Kon Yeow berucap pada Ceramah Perpaduan sempena PRK DUN Sungai Bakap di Taman Tasek Indah. - Foto NSTP/Danial Saad
Kon Yeow berucap pada Ceramah Perpaduan sempena PRK DUN Sungai Bakap di Taman Tasek Indah. - Foto NSTP/Danial Saad

NIBONG TEBAL: Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow memohon maaf kepada penduduk Sungai Bakap yang berdepan kesulitan ekoran masalah air yang membelenggu kawasan itu sejak enam tahun lalu.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri itu, berkata kerajaan negeri sekali lagi menegaskan, tidak lepas tangan apabila telah melaksanakan beberapa kerja kecemasan termasuk pelbagai projek dalam menangani masalah berkenaan.

"Ini didapati apabila beberapa kawasan (di Sungai Bakap) kita sudah kurang menerima aduan yang secara keseluruhannya kita (sudah) dapat tangani (isu air).
"Kita percaya (masalah air) ini akan berjaya ditangani sepenuhnya apabila projek yang dirancang termasuk (Projek Air Perak dan Pulau Pinang) dilaksanakan kelak.

"Dalam hal ini (air) kita (kerajaan negeri) tidak pernah menganaktirikan sesiapa dan akan berusaha hingga (masalah air) berjaya (diatasi)," katanya ketika berucap pada Ceramah Perpaduan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap di Padang Lalang, Simpang Ampat, di sini, malam ini.
Terdahulu, Jawatankuasa Bertindak Masalah Air Mukim 5 Sungai Bakap dalam sidang media bersama penduduk Taman Sungai Duri Indah mendakwa, projek Tangki Sedutan Widuri dan Welleslley tidak berfungsi secara konsisten dan kukuh untuk memulihkan bekalan air.
Khairul Ahmad Fitri Suhaimi yang mewakili jawatankuasa itu mendakwa, penerimaan air di tangki tidak konsisten sama ada penghantaran melalui jaringan paip atau penggunaan lori tangki jumbo.
Jelasnya, penyelesaian segera bagi masalah air di Mukim 5 sewajarnya adalah melalui rundingan kerajaan negeri Pulau Pinang bagi mendapatkan air bersih daripada LRA Lubuk Buntar, Kedah yang bakal mempunyai lebihan 10 Juta Liter Sehari (JLH) pada September 2024.

Mengulas lanjut, Kon Yeow berkata, pengundi Sungai Bakap diharap dapat memilih Calon PH Dr Joohari Ariffin pada hari pengundian 6 Julai ini.
"Ini membolehkan saya dapat bekerjasama dengan Cikgu Joohari untuk menangani isu air di Sungai Bakap," katanya.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register