akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 56,548
Top Poster #3
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 56,548
- Reaction score
- 6,646
- Points
- 881
- Awards
- 1
Isteri terima mesej lucah, Ayie Floor 88 mahu buat laporan polis
PETALING JAYA: Vokalis kumpulan Floor 88, Ayie tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis terhadap individu yang berani membuat gangguan seksual terhadap isterinya.
Tindakan tersebut diambil susulan isterinya, Tasha Awie, menerima mesej berbaur lucah menerusi laman Instagram kira-kira pukul 12:00 tengahari tadi.
Kongsinya, menerusi mesej itu, seorang lelaki menawarkan wang berjumlah RM2,000 hingga RM5,000 sekiranya dia bersetuju ‘melayan’ kehendak individu tersebut.
“Kami ini berniaga sambal. Kalau ada mesej masuk di Instagram memang kami akan balas. Lepas itu tiba-tiba pula isteri saya dapat mesej gangguan seksual siap nak tawarkan duit.
“Kami suami isteri memang jenis suka menyakat, saya suruh isteri layan mesej itu untuk tengok sejauh mana keberanian dia.
“Kalau suatu hari dia nak jumpa saya depan-depan saya okey. Tapi kalau sampai melampau, memang saya akan buat laporan polis,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Sebelum ini, Ayie atau nama sebenarnya Nik Fadlee Elhamshah pernah beberapa kali mendengar isu gangguan seksual. Namun, dia tidak menyangka gangguan itu akan dilalui oleh isterinya sendiri.
“Kami pernah kena dengan orang lain perkara seperti ini. Tapi bila dekat batang hidung sendiri ‘koyak’ kejap. Tapi isteri saya hatinya kental.
“Sampai mesej terakhir tadi individu itu tak balas, mungkin dia pun dah nampak saya tagged dia di Instagram.
“Kalau nak fikir baik, mungkin orang itu ada masalah kewangan atau emosi tak stabil. Tapi kalau secara nyata apa yang saya boleh cakap, lelaki itu memang miang,” katanya lagi.
Sebelum ini, Ayie berkongsi tangkap layar perbualan individu berkenaan yang berbaur lucah kepada isterinya di laman Instagram.