BTC USD 35,786.3 Gold USD 1,876.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isteri PM layak terima tuntut elaun

zerovirus

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
182,141
Reaction score
79
Points
1,020
990eb0a61049796858340b812ace64f3.jpg


Kerajaan tidak menyediakan peruntukan tetap atau peruntukan kunjungan luar negara tahunan secara khusus kepada isteri Perdana Menteri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata isteri Perdana Menteri bagaimanapun layak menerima dan menuntut perbelanjaan tertentu seperti kelayakan elaun makan, penginapan, sara hidup dan pakaian panas.

"Ia termaktub di bawah Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 (Akta 237) berkenaan elaun-elaun dan keistimewaan bagi Perdana Menteri.

"Akta itu menyatakan isteri Perdana Menteri yang mengiringi semasa lawatan rasmi atau semasa membuat lawatan rasmi secara bersendirian ke luar negara atau dalam negeri adalah layak menerima dan menuntut perbelanjaan seperti kelayakan elaun makan, penginapan, sara hidup dan pakaian panas," katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera) di persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Liew mahu Perdana Menteri menyatakan bilangan kakitangan kontrak dan tetap, peruntukan tetap, peruntukan kunjungan luar negara dan kemudahan lain yang diperuntukkan untuk isteri Perdana Menteri dari 2000 hingga 2010.

Najib berkata tiada kakitangan tetap dan kontrak yang disediakan khusus untuk isteri Perdana Menteri berikutan pegawai dari Pejabat Perdana Menteri dari semasa ke semasa membantu isteri Perdana Menteri dalam menjalankan tugas-tugas rasmi beliau.

- Bernama


sumber
 
Last edited:
Sponsored Post

jengkol

Active Member
Joined
Dec 29, 2007
Messages
1,415
Reaction score
0
Points
20
duit iklan kat US tu pakai duit sape?
 

-pojie-

Well-Known, Member, XM Official, Representative
Joined
Oct 29, 2008
Messages
20,951
Reaction score
50
Points
120
makin berlemak la bini najib nie..
 

Aqua-man

Legendary Member
Joined
Nov 8, 2009
Messages
11,415
Reaction score
8
Points
115
senyum sampai pangkal telinga-lah bik mama...
 

building

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Apr 2, 2007
Messages
9,831
Reaction score
57
Points
70
elaun tu mmg de tp rasa2 nyer yang tuntut tu Najib bukan nyer Rosmah
 

zali8057

Fun Poster
Joined
Feb 6, 2010
Messages
690
Reaction score
5
Points
15
Ia termaktub di bawah Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 (Akta 237) berkenaan elaun-elaun dan keistimewaan bagi Perdana Menteri.
follow jer la..mana yang baik RM..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register