Isteri PM Israel lawan pencuci

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
BAITULMAQDIS - Perang undang-undang antara seorang pembantu rumah dengan isteri Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mendapat liputan meluas akhbar-akhbar di negara berkenaan.

Sebelum ini Netanyahu dan Presiden Israel Shimon Peres meminta pihak media tidak membuat liputan berhubung kes tersebut kerana mahkamah belum membuat sebarang keputusan.

Namun, nasihat itu tidak dipatuhi oleh pihak media.

Beberapa akhbar di Israel semalam membuat liputan meluas mengenai kes amah Netanyahu, Lillian Peretz.

Seminggu sebelum itu, akhbar Yediot Aharonot menyiarkan berita saman wanita itu terhadap isteri Netanyahu, Sara.

"Kami mengakhiri peristiwa minggu ini dengan fokus kepada kes orang gaji Sara," kata sebuah stesen radio awam Israel semalam.

Netanyahu kurang senang dengan tumpuan berterusan media terhadap kes itu.

Kes itu mendapat liputan apabila Peretz mendedahkan dia mendapat layanan buruk semasa bekerja di kediaman isteri Perdana Menteri Israel.

Dalam tuntutan saman itu, dia mendakwa terpaksa mandi dan kerap menukar pakaian selain perlu memberi pujian ke atas Sara.

Ibu empat anak dan berusia 44 tahun itu mendakwa dibayar gaji lebih rendah daripada upah minimum dan keluarga Netanyahu tidak pernah mencarum dalam dana sosial ketika bertugas di rumah mereka di Caesarea antara 2004 dan 2009. - AFP
 
Sponsored Post

GaliGold

Fun Poster
Joined
Jan 1, 2010
Messages
332
Reaction score
1
Points
15
memang dasar yahudi...nak kata kayap..sebenarnya kaya.tapi hampeh
 

CikSukan

Blogger Moderator
Joined
Aug 19, 2006
Messages
9,946
Reaction score
580
Points
111
Kalau maid dari Indonesia, kalah Yahudi ni..
 

Anonymous89

Super Active Member
ForexMart Fans
Joined
Apr 28, 2009
Messages
5,408
Reaction score
28
Points
80
menatang pa die nie ...
-_-"
 
Sponsored Post
Top
Log in Register