BTC USD 49,441.2 Gold USD 1,783.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isteri Menteri Kesihatan Beri Keterangan Kepada SPRM

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
PUTRAJAYA, 15 Dis (Bernama) -- Isteri Menteri Kesihatan Datin Seri Lee Su Loo hadir ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini Selasa, bagi memberi keterangan berhubung dakwaan menerima hadiah sebuah kereta mewah.

Lee dipercayai tiba di SPRM kira-kira 10 pagi untuk memberi keterangan selama hampir empat jam, kemudian meninggalkan SPRM kira-kira pukul 2 petang.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd. Shukri Abdull ketika dihubungi mengesahkan perkara itu, bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Laporan sebuah artikel yang disiarkan dalam sebuah laman web pada 14 Oktober lalu menyebut Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai menghadiahkan sebuah kereta Toyota Alphard berharga hampir RM600,000 kepada isterinya sebagai hadiah hari jadi pada Januari lalu.

Artikel itu menggambarkan pembelian kereta mewah itu dibiayai oleh sebuah syarikat yang selalu memenangi senarai tender kementerian tersebut dan didakwa membayar wang pendahuluan kereta itu.
 
Sponsored Post

eboss

CG Hardcore
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
Toyota Alphard apa sampai RM600K tu :-?:-?:-?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register