BTC USD 66,555.6 Gold USD 2,400.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isteri Mazidul mohon pengesahan lafaz cerai

lubau

Fun Poster
Messages
174
Joined
Oct 19, 2007
Messages
174
Reaction score
6
Points
15
PETALING JAYA 20 Okt. - Permohonan isteri pengacara rancangan 360 terbitan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3), Mazidul Akmal Sidik berhubung lafaz cerai yang didakwa telah dibuat oleh suaminya itu ditangguhkan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini sehingga 26 November ini.

Hakim Syarie, Ghazali Ahmad yang mendengar sebutan kes menangguhkan permohonan, Khairul Fazlin Kamaruddin, 38, selaku pemohon kerana Mazidul (defendan), 41, tidak menghadiri prosiding hari ini.

Bagaimanapun, Mazidul melalui sepucuk surat yang dihantar kepada mahkamah memaklumkan bahawa beliau tidak dapat hadir kerana mempunyai tugasan di Kota Bahru, Kelantan.

Mazidul dan Khairul Fazlin telah berkahwin pada 21 Mei 1997. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Muhammad Afif Faiq, 10, dan Muhammad Azard, tujuh tahun.

Khairul Fazlin mengemukakan permohonan mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Plaintif mendakwa Mazidul telah melafazkan cerai di luar mahkamah.

Dalam prosiding hari ini, Hakim Syarie Ghazali bertanya Khairul Fazlin sama ada plaintif telah memfailkan afidavit penyampaian saman.

Menurut plaintif, dokumen tersebut telah difailkan dan diserahkan tetapi defendan enggan menandatanganinya.

Sebelum kes ditangguhkan, hakim menasihatkan kedua-dua pihak yang belum diwakili peguam agar mendapatkan khidmat peguam untuk mewakili mereka pada tarikh akan datang.

Permohonan yang dikemukakan mengikut Seksyen 57 itu menyatakan, seseorang lelaki tidak dibenarkan melafazkan cerai tanpa kebenaran mahkamah.

Jika berlaku juga lafaz, pihak-pihak perlu melaporkan kepada mahkamah dalam tempoh tujuh hari. Mahkamah akan menjalankan siasatan untuk menentukan status lafaz tersebut sah atau tidak menurut hukum syarak.

Sekiranya mahkamah berpuas hati bahawa seseorang lelaki yang menceraikan isteri dengan lafaz talak dalam apa jua bentuk di luar mahkamah dan tanpa kebenaran, Seksyen 125 enakmen yang sama memperuntukkan, denda maksimum RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Khairul Fazlin hadir di mahkamah dengan memakai baju kurung dan bertudung biru, kelihatan bergegas keluar meninggalkan mahkamah sejurus prosiding selesai.

Dia ditemani seorang wanita dipercayai ahli keluarganya.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register