eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,652
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,652
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KUANTAN: Akibat kecewa mahu diceraikan suami, seorang suri rumah warga emas bertindak di luar batasan apabila mencampurkan racun rumpai dalam nasi bungkus yang dibeli sebelum memakan hidangan itu dalam kejadian cuba bunuh diri di Felda Jengka 5, dekat Maran, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, suri rumah berusia 54 tahun itu bagaimanapun sempat dikejarkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh dan keadaannya dilaporkan stabil selepas menerima rawatan.
Difahamkan, sebelum kejadian suri rumah terbabit bersama suaminya seorang peneroka berusia 70 tahun pergi ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Maran untuk membuat pengesahan cerai.
Bagaimanapun, sebelum pulang ke rumah, peneroka terbabit singgah di sebuah restoran dan membeli dua nasi bungkus untuk dimakan di rumah.
Sementara menunggu hidangan disiapkan sebaik mereka tiba di rumah, isteri berkenaan pergi ke stor dan mengambil sebotol racun rumpai tanpa pengetahuan suaminya.
Wanita itu dipercayai mencampurkan racun itu ke dalam nasi bungkusnya, sebelum si suami menjumpai botol racun berkenaan di atas meja makan.
Terkejut dengan penemuan botol racun itu, si suami terus membuangnya tanpa menyedari isterinya sudah mencampurkan racun dalam nasi bungkus itu.
Selang beberapa minit selepas makan nasi bungkus itu, isterinya tiba-tiba rebah dan muntah seterusnya tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan suaminya ke Hospital Bandar Jengka (HBJ).
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (II), Superintendan Mohd Haris Daud, ketika dihubungi di sini, semalam mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
Menurutnya, mangsa bagaimanapun terpaksa dirujuk ke Hoshas selepas keadaannya dilaporkan serius.
Katanya, polis masih meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian terbabit, selain mengumpul maklumat daripada ahli keluarga mangsa.
Mohd Haris berkata, kes itu disiasat dan diklasifikasikan mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh diri.