eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,652
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,652
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KLANG: “Kami semua terjaga daripada tidur selepas terdengar bunyi kuat menghempap pintu bilik. Ingat pencuri pecah masuk,” kata Husain Ali, 34, menceritakan kejadian pergaduhan membabitkan pasangan suami isteri sehingga membawa kematian bayi perempuan mereka di Flet Angkasa, Taman Bayu Perdana, Pandamaran di sini, kelmarin.
Husain berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 5 pagi dan dia terkejut sebaik membuka pintu apabila mendapati isteri lelaki terbabit hampir ‘terlekat’ di dinding bilik dipercayai ditendang suaminya manakala lelaki itu berdiri di pintu bilik.
Menurutnya, pada masa sama isteri lelaki terbabit yang dikenali sebagai Kamariah, 20-an menjerit meminta tolong dan memanggil nama bayinya yang ketika itu berada dalam bilik.
“Saya bertanyakan apa yang berlaku, tetapi Adi (suami wanita terbabit) marahkan saya dan minta tidak mencampuri urusan rumah tangganya.
“Tapi saya beritahu dia, ini rumah saya dan saya berhak tahu apa yang berlaku, malah saya turut dihalang masuk ke bilik untuk melihat apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.
Husain yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah dan hampir tiga tahun menyewa di flet itu berkata, apabila keadaan semakin kelam-kabut dan memikirkan keselamatan lima anak dan isterinya, dia kemudian menghubungi polis memaklumkan mengenai kejadian itu.
“Kebetulan ketika kejadian kad prabayar habis dan saya terpaksa turun ke kedai untuk membeli kad baru bagi menghubungi polis kira-kira jam 6 pagi.
“Tapi ketika saya naik dan kereta polis tiba dia (Adi) sudah lari. Seorang daripada anggota polis masuk dan melihat bayi terbabit sudah tidak bernafas sebelum menghubungi polis dan arahkan kami keluar rumah buat sementara waktu,” katanya yang masih terkejut berhubung kejadian itu.
Isteri lelaki terbabit cedera di badan selain bengkak muka dan kepala manakala lengannya bengkak dipercayai dibelasah suaminya.
Dia mendakwa beberapa penduduk sempat melihat kelibat lelaki yang berasal dari Sulawesi, Indonesia itu berkeliaran di tingkat atas flet sebelum gagal dikesan.
Katanya, dia juga tidak mengenali latar belakang pasangan itu, malah menyewakan bilik di rumahnya hampir sebulan lalu selepas kasihan melihat keadaan bayi dalam dukungan ibunya yang merayu di pintu rumah.
“Dia mendakwa tinggal di tingkat atas, tapi tak beritahu tingkat berapa dan selepas saya berbincang dengan isteri, Noor Hidayah Taluda, 32, kami bersetuju menyewakan bilik kepada mereka dengan harga RM100.
“Sejak itu, saya jarang berjumpa mereka, kerana kebiasaannya saya keluar rumah awal pagi dan pulang malam, manakala mereka lebih banyak duduk dalam bilik,” katanya yang turut membuat satu laporan polis berhubung kejadian itu.
Ditanya punca kejadian sehingga berlaku pergaduhan itu, Husain berkata, dia mendapat tahu ia berpunca daripada suami wanita itu yang bermain kayu tiga menyebabkan isterinya itu tidak dapat menerima hakikat atas kecurangan suaminya.
Sementara itu, jurucakap polis berkata, polis menahan seorang wanita berusia 20-an dipercayai kekasih kepada lelaki warga Indonesia berkenaan bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.
Katanya, wanita itu ditahan petang semalam di rumahnya di Klang selepas didapati tiada dokumen perjalanan sah.
Harian Metro semalam melaporkan seorang bayi perempuan berusia empat bulan mati akibat cedera di mata, badan dan muka selepas dipercayai dipukul ketika pergaduhan antara ibu dan bapanya di Flet Sri Angkasa, Taman Bayu Perdana.
“Pada mulanya wanita ini dicari bagi membantu polis mengesan suspek.
“Tetapi kita terpaksa menahannya kerana dia tidak mempunyai dokumen perjalanan sah,” katanya di sini, semalam.
Difahamkan ibu bayi malang itu diserahkan sementara kepada pusat kebajikan Kedutaan Indonesia kerana masih trauma dan keterangan daripadanya akan diambil sebaik kesihatannya pulih.

Pergaduhan kira-kira jam 6 pagi itu dipercayai berpunca daripada perasaan cemburu ibu bayi berkenaan yang juga pendatang tanpa izin Indonesia berusia 32 tahun dan bekerja di sebuah restoran terhadap suaminya.