BTC USD 40,424.3 Gold USD 1,800.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isteri Kid Search hidap kanser darah

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
16,698
Reaction score
2,603
Points
201

Isteri Kid Search hidap kanser darah​

Kid.
Kid.
Kuala Lumpur: "Saya memang segan apabila bercakap mengenai bantuan. Ini kerana ia membabitkan banyak pihak termasuk ahli keluarga," kata pemain gitar kumpulan Search, Kid, 54, mengenai kos rawatan isterinya, Noraznin Yusof, 55, yang menghidap kanser darah tahap empat.

Kid atau nama sebenarnya Hamzah Mohd Taib ketika dihubungi berkata, dia seperti tidak berani untuk meminta-minta dan sebab itulah dia berusaha mendapatkan pembiayaan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kerana isterinya pernah bekerja dulu.

Kid berkata, isterinya disahkan menghidap penyakit itu sejak awal Disember tahun lalu. Sejak itu dia ditahan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM) hingga sekarang.

Aznin turut mengalami jangkitan pada paru-paru dan terpaksa dikomakan di Unit Rawatan Rapi (ICU), HCTM sejak awal bulan ini.

Bagaimanapun, selepas hari kesembilan, Aznin mula sedar iaitu pada Selasa minggu lalu.

"Walaupun tahap kesembuhan masih 50:50, saya bersyukur dia sudah sedar dan boleh berkomunikasi walaupun dalam keadaan tersekat-sekat," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Kid, isterinya perlu menjalani enam kitaran kimoterapi dan setakat ini sudah masuk kali kelima.

"Kos yang diperlukan dianggarkan di bawah RM60,000. Itu belum termasuk kos-kos lain. Saya buat permohonan kepada Perkeso kerana isteri pernah bekerja. Namun setakat ini belum ada jawapan daripada mereka. Selain itu, dia juga sudah lama berhenti kerja," katanya.

Kid berkata, melihat keadaan isterinya ketika ini, rasa sayang semakin bertambah dan dia sanggup berusaha apa saja bagi memastikan isterinya mendapat rawatan yang terbaik.

Namun, dalam masa sama dia tidak mahu menyusahkan sesiapa.

Dalam pada itu, Kid terharu apabila beberapa individu yang rapat seperti rakan artis dan peminat memberikan sumbangan ikhlas untuk membantu.

"Saya pun tak sangka ada rakan-rakan yang bersimpati dan menularkan cerita ini di media sosial sebagai jalan untuk meminta bantuan.

"Saya sangat berterima kasih kepada mereka. Bagi saya, kalau peminat mendoakan pun saya sudah bersyukur.

"Pendapatan hasil kerjasama dengan Home Of Champions (HOC) menerusi penjualan pakaian dan aksesori di atas nama Search sekadar untuk kegunaan semasa dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sebelum ini saya ada simpanan sikit-sikit untuk perancangan lain tapi apabila jadi begini terpaksalah ditukar," katanya.

Kid dan Aznin memiliki dua anak di mana anak sulung mereka, Deanda sudah bekerja manakala anak bongsu, Aaqil Naquidean bersekolah di Tingkatan Lima.

Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank Muamalat 14030006799718 Persatuan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (Irama) bersama keterangan sumbangan buat isteri Kid.
 
Sponsored Post

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
41,984
Reaction score
1,349
Points
201
dugaan dr Allah swt... moga bertabah
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register