BTC USD 94,290.6 Gold USD 3,318.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isteri kena ugut hilang bersama tiga anak

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,896
Points
591
JOHOR BAHRU - Gara-gara bimbang gambar bogelnya disebar melalui internet, seorang wanita dipercayai terpaksa mengikut seorang lelaki bersama tiga anaknya bagi mengelak kejadian tersebut berlaku.

Wanita tersebut, Tan Chui Peng, 39, menghilangkan diri bersama tiga anak mereka, Wang Jin Siang, Wang Li Young dan Wang Wee Bing yang berusia antara 9 dan 11 tahun dari kediamannya di Taman Ehsan Jaya di sini sejak 31 Oktober lalu.

Suami Cui Peng, Wang Ban Soon, 51, berkata, dia yakin isterinya pergi bukan atas kerelaan dan masih sayangkan dirinya.

Jelas Ban Soon, isterinya mengenali lelaki terbabit yang dikenali sebagai Ah Keong, 30-an semasa bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran di sini sejak Ogos lalu.

"Saya pernah menasihatkannya supaya tidak melayan lelaki terbabit yang merupakan pelanggannya, namun isteri saya hanya mendiamkan diri.

"Selepas didesak, isteri saya akhirnya mengaku terpaksa meneruskan hubungan dengan lelaki berkenaan yang telah menangkap gambar bogelnya dan mengugut untuk menyiarkannya di internet jika tidak mengikut kemahuannya," katanya kepada pemberita di pejabat Timbalan Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Johor, Rodney Soon di sini semalam.

Menurutnya lagi, pada petang 31 Oktober lalu, isterinya mengadu sakit kepala.

"Saya yang tidak mengesyaki apa-apa keluar pergi membeli ubat. Namun sebaik pulang, saya lihat dia telah tiada bersama anak-anak.

"Saya kini buntu kerana khuatir sesuatu yang buruk menimpa mereka, tambahan pula saya syak mereka melarikan diri bersama Ah Keong," ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin semasa dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut dan masih menyiasat perkara itu.

Dah ada laki ngan anak pun nak berscandal lagi...padan muka...aku kalau jadi laki dia aku tak carik dia..carik anak2 saja...nikah lain lagi best

 
Last edited:
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register