Isteri Kapten England larikan diri

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
LONDON - Kapten pasukan bola sepak England, John Terry di ambang perceraian selepas isterinya, Toni meninggalkannya setelah skandal seksnya dengan model dari Perancis, Vanessa Perroncel terbongkar, lapor sebuah akhbar semalam.

Tony, 28, memberitahu beberapa rakannya bahawa dia akan menceraikan Terry sebelum meninggalkan kediaman mereka yang berharga £4 juta (RM135.6 juta) di sini.

"Dia telah memalukan saya selama 10 tahun. Kini tidak lagi," kata wanita itu.

Sekiranya mereka bercerai, kes tersebut menjadi antara penyelesaian perceraian termahal dalam sejarah ahli sukan Britain.

Wanita itu dilapor berhak menerima separuh daripada kekayaan suaminya yang dianggarkan mencecah £25 juta (RM85.3 juta)

Sumber yang rapat dengan keluarga mereka mendedahkan kelmarin bahawa Toni berlepas ke Dubai pada malam Sabtu lepas bersama anak kembar mereka dan ibu bapanya.

Kecurangan Terry, 29, terbongkar Jumaat lalu apabila seorang hakim Mahkamah Tinggi Britain menolak permohonan injunksi bagi melarang media mendedahkan skandal seksnya.

Perroncel, 28, yang juga seorang aktres, merupakan rakan rapat isterinya serta bekas teman wanita pemain pertahanan England, Wayne Bridge.

Ketika Terry dan Perroncel menjalinkan hubungan sulit, model seksi itu masih menjadi kekasih Bridge, 29.

Selain Perroncel, Terry yang kini bermain untuk pasukan Chelsea dan menerima gaji £170,000 (RM948,214) seminggu, turut didakwa menjalin hubungan sulit dengan beberapa wanita lain. - Agensi
 
Sponsored Post

haudli

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jul 15, 2009
Messages
47,313
Reaction score
442
Points
136
alahai,,,ni la jadi bile da byk duit
 

Mr.81

Active Member
Joined
Jul 5, 2009
Messages
1,401
Reaction score
4
Points
35
ada duit semua mau....
 
Sponsored Post
Top
Log in Register