Isteri Jamal Abdillah sukar mengandung bahana buatan orang

CG Sponsors




TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
150,790
Reaction score
20,776
Points
1,661

Jamal dan isterinya. FOTO ihsan pembaca

“YA, saya sudah bernikah,” kata penyanyi legenda Datuk Jamal Abdillah, 58, mengenai dakwaan dia sudah melangsungkan pernikahan buat kali keempat.

Bagaimanapun, Jamal ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai pernikahan itu.

“Betul, saya dah nikah. Cukup setakat itu. Tak perlu tanya lebih-lebih,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp, hari ini.

Menurut sumber, penyanyi yang turut digelar Raja Pop itu melangsungkan pernikahan kira-kira dua bulan lalu dengan gadis berusia 23 tahun berasal dari Kulim, Kedah.

Difahamkan, majlis berkenaan hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Dalam pada itu, Jamal turut menafikan majlis kesyukuran yang berlangsung di kediamannya di Shah Alam, kelmarin, adalah majlis sempena pernikahannya.

“Ia adalah majlis tahlil untuk arwah ibu dan bapa saya, doa selamat sempena menyambut Ramadan dan berpindah ke rumah baru,” katanya kepada Harian Metro.

Ini adalah pernikahan kali keempat Jamal selepas bercerai dengan Fatimatuzahra Samad pada 15 Mei 2007.

Perkahwinan pertamanya dengan Basariah Abdul Latiff pada 1988.

Selepas bercerai dengan Basariah pada 1996, Jamal berkahwin buat kali kedua dengan Intan Noraina Mohd Yusof pada 2001 dan dikurniakan seorang anak iaitu Osama Yamani.

Bersama Fatimatuzahra, Jamal dikurniakan seorang anak, Ahmad Zaki Yamani.


http://www.hmetro.com.my/utama/2017/05/231777/ya-saya-sudah-bernikah
 
Isteri sukar hamil kerana dibuat orang



KUALA LUMPUR - Penyanyi terkenal, Datuk Jamal Abdillah mendedahkan isterinya, Zai Izzati Khiruddin sukar hamil kerana terkena buatan orang sehingga pernah mengalami beberapa kali keguguran sebelum ini.


Jamal, 60, percaya pelaku tersebut berkemungkinan ingin menghantar ilmu hitam kepadanya tetapi yang menerima tempiasnya adalah isteri sendiri.

“Kalau ditanya tentang keinginan memiliki zuriat, memang saya teringin sangat walaupun cuma seorang. Akan tetapi, isteri sudah banyak kali keguguran selain mengalami tanda merah-merah pada badan.

“Mungkin orang yang menghantar ilmu hitam itu tujukan kepada saya tetapi terkena kepada isteri. Saya sangat kasihan kepadanya sebab sekarang badannya makin kurus. Orang mahu pedajal saya tetapi dia yang kena,” ujarnya ketika ditemui selepas sidang media Konsert 3 Suara di Dewan Berjaya, Kelab Ekuestrian Bukit Kiara, di sini sebentar tadi.

Malah lebih teruk, pelantun lagu Kekasih Awal dan Akhir itu juga memberitahu isterinya turut mengalami pendarahan tanpa henti sejak beberapa bulan lalu.

Meskipun sudah mendapatkan rawatan bersama doktor pakar dan pengamal perubatan tradisional, namun tiada perubahan positif yang berlaku.

“Macam-macam cara saya sudah lakukan untuk merawat tetapi apabila berjumpa doktor pakar, jawapan diberi adalah disebabkan masalah hormon.

“Sedangkan setiap hari isteri saya mengalami pendarahan dan itu sudah menunjukkan sesuatu yang pelik sedang berlaku. Apabila cuba mendapatkan rawatan tradisional juga tidak berhasil,” ujarnya yang tidak lagi menetap di kediaman lamanya di Shah Alam, Selangor kerana masalah tersebut.

Jamal dan Zai Izzati yang berusia 25 tahun bernikah pada 1 April 2017 di Ipoh, Perak dan itu merupakan perkahwinan keempatnya.

Sebelum ini Jamal pernah mendirikan rumah tangga bersama tiga bekas isterinya iaitu Basariah Abdul Latiff, Noraina Mohd. Yusof dan Fatimatuzahrah Samad.

Jamal mempunyai dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 18, hasil perkahwinannya bersama Noraina dan Ahmad Zaki Yamani, 12, daripada bekas isteri ketiganya, Fatimatuzahrah.


http://www.kosmo.com.my/hiburan/isteri-sukar-hamil-kerana-dibuat-orang-jamal-abdillah-1.827308

Jamal Abdillah perkenal isteri kepada media




BANGI 6 Mac - Selepas bernikah kali keempat 11 bulan lalu, buat pertama kali penyanyi terkenal, Datuk Jamal Abdillah memperkenalkan isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddib kepada pihak media dan tatapan umum.


Menurut Raja Pop ini, sudah tiba masanya beliau membawa isterinya sebagai teman untuk mengiringinya ke mana sahaja.

"Isteri saya adalah anugerah daripada Tuhan kerana dalam usia saya 59 ini, saya dipertemukan jodoh dengan seorang gadis berusia 23 tahun.

"Dengan perbezaan usia 36 tahun, memang berdepan dengan masalah untuk menyesuaikan diri pada awal perkahwinan, namun semakin lama kami sudah selesa," kata Jamal ketika ditemui dalam sidang akhbar Luncheon With The Stars sempena Minggu Setiausaha di Hotel Tenera, di sini.

Jamal dan Zai Izzati bernikah secara rahsia pada 1 April tahun lalu menerusi aturan keluarga selepas dua bulan berkenalan.

Ini adalah perkahwinan keempat buat penyanyi lagu Kekasih Awal dan Terakhir ini. Sebelum ini, Jamal berkahwin dengan Basariah Abdul Latiff, Noraina Mohd Yusof dan Fatimatuzahrah Samad.

Jamal mempunyai dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 17, hasil perkahwinannya dengan Noraina dan Ahmad Zaki Yamani, 11, daripada isteri ketiganya, Fatimatuzahrah.


http://www.utusan.com.my/berita/nasional/video-jamal-abdillah-perkenal-isteri-kepada-media-1.621987

Sponsored Post

dausbiz

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 27, 2015
Messages
51,188
Reaction score
1,533
Points
596
Wow umur 23 la cun plak
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
32,613
Reaction score
1,482
Points
206
untung la.
bini dah baya anak sendiri.

mantop.
 

syamsoulcc

Super Active Member
Joined
Apr 30, 2014
Messages
9,327
Reaction score
2,062
Points
141
perghh...Jamal walaupun tua, rupa tetap ada lagi...
mmg cun pompuan tu...
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
54,562
Reaction score
7,044
Points
1,746
tahniah, semoga bahagia hingga ke akhir hayat..
 

Jedi

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 15, 2009
Messages
41,988
Reaction score
1,568
Points
201
Alhamdulillah.

Dia nikah, kau lak yang panas?

Kekeke...


Perempuan ramai skang.

Toksah gaduh la; insha-allah ada sorang untuk kau jadikan isteri.

Jamal yang dah 58 pun dapat sorang.
 
Last edited:

babyblacky

CG Top Poster Club
Joined
Feb 24, 2011
Messages
20,129
Reaction score
211
Points
123
dah banyak kali kawin rupenye jamal nie
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
150,790
Reaction score
20,776
Points
1,661
kawin dgn artis. mak pak mana nak tolak oi

untung la
 
Sponsored Post
Top
Log in Register