BTC USD 94,145.2 Gold USD 2,685.76
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isteri Harun hidap kanser tahap empat, ditidurkan

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
18,766
Joined
Dec 6, 2010
Messages
18,766
Reaction score
1,292
Points
201
6181726750048895753_121.jpg


Isteri Harun hidap kanser tahap empat, ditidurkan

Kuala Lumpur: Isteri pelakon veteran, Harun Hashim, 68, iaitu Sakinah Ganjali, 48, yang dikejarkan ke Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam akibat kesukaran bernafas semalam disahkan menghidap kanser payu dara tahap empat dan terpaksa ditidurkan.

Harun ketika dihubungi berkata, selama ini isterinya itu merahsiakan kesakitan yang dialami hingga keadaannya sudah teruk dan terpaksa ditidurkan pagi ini.

"Saya hanya tahu isteri mengalami kesakitan di bahagian payu dara sejak dua minggu lalu.

"Saya tak tahu rupa-rupanya dia menghidap kanser payu dara sehinggalah doktor maklumkan pagi tadi dia sudah berada di tahap empat dan kanser itu sudah pun merebak.

"Doktor beritahu pihaknya juga tidak dapat melakukan sebarang pembedahan, tetapi hanya mampu mengeluarkan air di bahagian bengkak di badannya," katanya kepada Harian Metro.

Harun berkata, dia tidak sama ada isterinya merahsiakan penyakit itu daripadanya atau dia sendiri tidak tahu ada menghidap kanser.

"Pagi tadi dia terpaksa ditidurkan kerana mengalami kesukaran bernafas dan ditempatkan di ICU (Unit Rawatan Rapi).

Menurut Harun, walaupun diminta untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan, namun dia enggan percaya apa yang diperkatakan kerana masih yakin isterinya itu akan sihat.

"Saya masih percaya dia akan sihat. Saya tak nak dengar dan fikir bukan-bukan sebab akan mengganggu fikiran saya. Cuma apabila ditidurkan itu maknanya antara dua (hidup atau mati) dan perlu bersedia.

"Saya harap dia kuat dan dapat sedar semula. Insya-Allah pasti ada jalan untuk setiap ujian ini," katanya.

Semalam, kunjungan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez bagi menyantuni Harun yang berdepan masalah kesihatan bertukar sebaliknya.

Ia berikutan Sakinah yang juga kurang sihat tiba-tiba mengalami kesukaran bernafas dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam dengan ambulans.

Sakinah mengalami sesak nafas ketika kunjungan Freddie yang turut disertai Harian Metro dan TV3 bagi meninjau keadaan pasangan terbabit yang mengalami kesukaran hidup.

Kredit ➡️ Harian Metro
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register