nanad
Fun Poster
- Messages
- 643
- Joined
- Jul 7, 2011
- Messages
- 643
- Reaction score
- 35
- Points
- 20
Rumah tangga pelakon dan pelawak terkenal, Harith Iskander dan isteri Dr Jezamine Lim didakwa sedang berdepan dengan masalah.
Memetik laporan mStar, Dr Jezamine difahamkan sudah menfailkan cerai terhadap Harith di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan kes tersebut bakal disebut dalam masa terdekat.
Menurut Dr Jezamine, dia mengesahkan sudah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya sekitar bulan Jun lalu bagaimanapun dia belum bersedia mengulas lanjut isu rumah tangganya itu.
Dalam pada itu, Harith ketika dihubungi juga memilih untuk tidak memberi sebarang maklum balas mengenai permohonan cerai berkenaan.Betul saya telah memfailkan cerai. Saya tidak ingat tarikh sebenar permohonan itu dibuat tetapi lebih kurang sebulan lalu.
Saya belum ada sebarang komen. Mungkin nanti saya akan ceritakan.
Terdahulu, Dr Jezamine mencuri perhatian apabila bergambar di hadapan dewan mahkamah lengkap berjubah dan bertudung ditemani peguam syarie, Datuk Akberdien Abdul Kadir.Saya tiada sebarang komen tentang perkara itu.
Akberdien sebelum ini pernah mewakili beberapa artis popular dalam kes perceraian mereka.
Untuk rekod, Harith dan Jezamine mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, 9.
Sumber: mStar