Isteri bersalin, suami tertekan

CG Sponsors




balqis07

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
OXFORD 15 April - Satu kajian mendapati suami yang menemani isteri mereka ketika bersalin berdepan tekanan sama seperti ibu-ibu yang mengalami tekanan untuk melahirkan bayi.

Mungkin dakwaan itu dianggap remeh oleh golongan ibu yang merasai sendiri kelahiran dan juga melalui pengalaman kehamilan yang sukar sepanjang sembilan bulan, namun kajian yang dilakukan oleh Universiti Oxford mendapati golongan bapa turut mengalami ketakutan mental.

Keadaan itu berlaku selepas menyaksikan pasangan mereka melalui kelahiran yang sukar menyebabkan mereka mengalami masalah tekanan selepas trauma (PTSD).

"Kebanyakan kes seperti ini berlaku melibatkan proses bersalin yang teruk termasuk kes kecemasan sehingga terpaksa menjalani pembedahan histerektomi (buang rahim).

"Kehamilan dan proses bersalin sebenarnya melalui tempoh yang panjang dan sukar dijangka. Ia memberi kesan terhadap mental dan fizikal, begitu juga hubungan kekeluargaan," kata Profesor Marian Knight yang mengetuai penyelidikan tersebut.

Kumpulan penyelidik mewawancara beberapa lelaki yang menyaksikan pasangan mereka melalui kelahiran termasuk pembedahan kecemasan.

Mereka menceritakan tentang keadaan dibiarkan sendirian di kaki lima hospital dengan gambaran yang sedikit tentang keadaan semasa isteri dan anak yang bakal dilahirkan.

Seorang bapa, Darren Dixon mengalami tekanan hingga hampir membunuh diri selepas melihat isterinya, Sarah, mengalami pendarahan teruk ketika melahirkan anak mereka melalui pembedahan.

Sarah terpaksa menjalani pembedahan membuang rahim berikutan komplikasi yang dialaminya dan bayi mereka, pula terpaksa dimasukkan ke unit rawatan rapi selepas itu.

"Saya mengalami pengalaman menakutkan menyebabkan saya disahkan menghidap masalah sindrom selepas trauma dan tidak boleh kembali bekerja," katanya. - AGENSI


sumber
 
Sponsored Post

monyetsenyum

Fun Poster
Joined
Nov 29, 2010
Messages
287
Reaction score
0
Points
10
Fuhhh... Aku tunggu hujung bulan ni nak dpt ank first nih... Ketaq jantung dok pikiq.. Alhamdulliah setelah 2 tahun menanti..
 

balqis07

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
tertekan perkara biasa, itu tandanya si suami benar2 menggambil berat terhadap situasi yang terpaksa dihadapi oleh siisteri....terlebih2 lagi kalau nak menyambut anak yang pertama.
 

azrine

Legendary Member
Joined
Jul 22, 2008
Messages
14,535
Reaction score
560
Points
166
Fuhhh... Aku tunggu hujung bulan ni nak dpt ank first nih... Ketaq jantung dok pikiq.. Alhamdulliah setelah 2 tahun menanti..
jangan dok ketaq bro ..


insya allah .. semuanya akan selamat ..


pecayalah pada DIA ..



:)
 

demise_u

Super Active Member
Joined
May 11, 2008
Messages
6,049
Reaction score
101
Points
73
Tertekan mmg tertekan pasal lampu merah 44hari
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,683
Reaction score
21,085
Points
1,671
member ak kantoi kegersangan masa bini pantang..cek history kt laptop sume porn belaka haha
 
Sponsored Post
Top
Log in Register