Isteri bernafsu besar, suami tak mampu

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KUALA LUMPUR: Isteri ‘makan luar’ kini bukan lagi perkara aneh dan hakikat ini diakui Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Muhammad Khusrin Munawi.


Menurutnya, ada pelbagai sebab perkara itu berlaku dan satu daripadanya ialah kegagalan suami memenuhi kehendak mereka, sama ada kemewahan material atau naluri seksual.


“Ada isteri bernafsu besar sama ada kehendak material mahupun kepuasan batin, manakala suami pula gagal memenuhi kehendak itu. Akibatnya, isteri hilang pertimbangan dan mula mencari lelaki lain yang mereka anggap lebih hebat,” katanya ketika dihubungi.


Beliau berkata, biarpun kes wanita berstatus isteri ditangkap khalwat dengan lelaki bukan muhrim di Selangor masih dalam jumlah kecil, ia dianggap masalah yang serius.


“Kerana itu setiap masalah dalam rumah tangga perlu diselesaikan dengan baik dan bukan menurut hati hingga membawa kepada kemudaratan.


“Jangan jadikan lelaki lain seperti teman sepejabat, sahabat atau sesiapa saja sebagai bahan rujukan meluahkan masalah rumah tangga, khasnya berkaitan nafkah batin, kerana ia pasti boleh menimbulkan suasana tidak sihat sesama mereka hingga akhirnya terjerumus dalam zina,” katanya.


Khusrin turut menasihatkan isteri yang terlanjur supaya segera bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Di dunia mungkin mereka boleh terlepas daripada hukuman, tetapi tidak di akhirat.


Khusrin turut tidak menolak ada suami menutup mata dengan perlakuan isteri makan luar kerana sedar kekurangan diri.


Menurutnya, itu kesalahan besar daripada segi agama kerana suami terbabit dianggap subahat dengan dosa isteri mereka.


“Mengikut hukum Islam, isteri yang berzina boleh dikenakan hukuman rejam sampai mati manakala suami pula jika mengetahui perkara seperti itu sama ada menasihati si isteri atau jika gagal menuruti nasihat itu hendaklah menceraikannya,” katanya.


Sementara itu, peguam syarie, Datuk Zaidi Zain, turut mengakui kes isteri orang menjalin hubungan istimewa dengan lelaki lain semakin meningkat.


Menurutnya, sebagai bukti, didapati kini semakin banyak kes tuntutan penceraian dimulakan oleh suami di mahkamah dan kebanyakannya adalah alasan berkaitan isteri menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain.


“Sebelum ini kita banyak lihat kebanyakan isteri yang sering memulakan fail penceraian, tetapi keadaan sebaliknya berlaku sekarang kerana ramai pula suami berbuat demikian, ia menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena pada si isteri,” katanya.


Zaidi berkata, kes seperti itu kini semakin banyak dilaporkan dan beliau banyak mewakili suami dalam kes seumpamanya berbanding sebelum ini.


Katanya, keadaan itu wujud kerana ada sesetengah wanita mahu ‘test market’ mungkin kerana sebelum ini mereka tidak mampu bergaya tetapi sekarang dengan kerjayanya yang baik serta penggunaan pelbagai produk kecantikan, mereka mudah mencari teman baru.


“Mungkin pada peringkat awal mereka hanya sekadar mahu berkawan, tetapi lama-kelamaan mereka hanyut hingga terlanjur,” katanya.
 
Sponsored Post

MrKacanG

Super Active Member
Joined
May 24, 2008
Messages
5,061
Reaction score
31
Points
70
ṃсṃ2 ρøώεɾ ṡģτ ќα ρøṃρυαṉ ṉïε ṃεh ќατ αќυ τģќ hαhα :eek::eek:
 

msazmer

Super Active Member
Joined
Feb 26, 2008
Messages
5,836
Reaction score
22
Points
70
ish2...teruk jugak isteri zaman akhir zaman ni...tp aku bersyukur di kurniakan isteri yg solehah..alhmdulillah..
 

myvi sporty

Active Member
Joined
Mar 16, 2009
Messages
1,743
Reaction score
35
Points
30
pompuan nye nafsu memang kuat la..lepas kawin baru aku tau.. kalo sape dapat isteri yang sosial, banyak sangat kawan lelaki, terlalu open, sampaikan citer dalam kelambu pun nak cite, kebarangkalian isteri curang tinggi oo..
 

FaRid^sp

Super Active Member
Joined
Mar 8, 2009
Messages
5,745
Reaction score
13
Points
65
taktik penerbit nak lariskan jualan paper hujung minggu je ni..
 

akuslamberjer

Super Active Member
Joined
Jan 5, 2008
Messages
5,287
Reaction score
103
Points
73
kat sini la berguna barang2 membantu kepuasan utk suami isteri..yang nak cari tu sila ke thread berkenaan....

p/s: notty bagi den komisyen..
 

adaman

Fun Poster
Joined
Mar 9, 2009
Messages
296
Reaction score
10
Points
15
taktik penerbit nak lariskan jualan paper hujung minggu je ni..
Betui sangat bro... punya nak bagi laku, crita dalam kain orang pun nak bagi tahu kat umum.. Yg org melayu yg ni dia suka baca..:))
 
Last edited:

ceria28

Legendary Member
Joined
Mar 13, 2007
Messages
11,901
Reaction score
109
Points
123
Media biasalaaa suka cari berita yg mcm ni dan taruh dkt front page utk lariskan media mrk. Mmg dah byk kes cam ni. Makin pandai manusia makin hilang akhlak mereka. Semua nak mewah dan hidup seronok belaka tetapi yg mewah dan seronok tu tak semestinya indah belaka
 
Sponsored Post
Top
Log in Register