BTC USD 17,245.0 Gold USD 1,789.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Others Isteri bantu suami kahwin kekasih lama

rinoa99

Legendary Member
gem
Messages
19,485
Joined
Jun 5, 2022
Messages
19,485
Reaction score
2,584
Points
251
Awards
1

06102022-40-3-Wanita-suami-kahwin-kekasih-pixs.jpeg
VIMALA bergambar bersama pasangan pengantin baharu, Kalyan dan Nitya Sree pada majlis perkahwinan mereka. - AGENS




HYDERABAD: Seorang wanita di India membantu suaminya berkahwin dengan kekasih lamanya selepas mendapat tahu
mereka masih mempunyai perasaan cinta antara satu sama lain.

Malah, wanita itu juga bersetuju kekasih suaminya tinggal serumah agar mereka bertiga dapat hidup bahagia bersama.

Lapor Oddity Central, kejadian itu berlaku di bandar Tirupati di Andhra Pradesh.

Pencipta kandungan video tempatan, Kalyan pada mulanya berkahwin dengan wanita bernama Vimala selepas berkenalan
lama di media sosial.

“Kehidupan pasangan itu sangat baik sehingga Vimala mengetahui suaminya pernah bercinta dengan seorang pempengaruh media dari Visakhapatnam.

“Wanita itu baru berpindah ke kawasan perumahan mereka dan cuba berbaik semula dengan Kalyan.

“Namun, daripada cuba memaksa Kalyan meninggalkan Vimala, bekas teman wanita itu mahu hidup bersama keluarga itu,” jelas laporan.

Berdasarkan laporan media tempatan, Kalyan dan bekas teman wanitanya, Nitya Sree berpisah setelah mengalami beberapa
masalah ketika itu.

“Apabila Nitya berpindah ke Tirupati dan berhubung semula dengan Kalyan, mereka menyedari masih mempunyai perasaan
cinta antara satu sama lain.

“Kalyan dan Nitya kemudian merayu kepada Vimala bagi membenarkan mereka berkahwin.

“Vimala pada awalnya keliru, namun selepas mengambil sedikit masa untuk memikirkan isu itu, dia akhirnya bersetuju perkahwinan suaminya dengan bekas kekasih,” jelas laporan itu.

Vimala juga hadir pada majlis perkahwinan suaminya dan turut serta bergambar dengan pasangan pengantin baharu
 
Top
Log in Register