BTC USD 66,937.4 Gold USD 2,665.05
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Israel mahu hapus pemerintahan Hamas di Gaza, ganti dengan kerajaan alternatif

Tak
Pada @Yallah semua orang kena berperang
Ibarat kalau US perang Iraq & Afghanistan dulu, Presiden perlu sama2 angkat senjata jadi frontline
Aku tak dapat bayang kalau Biden pegang senapang 😂

Bodo @Yallah is another level 😂
dia xsimpan sikit dh utk anak, bini, cucu cicit

kalo dh semua perang sape yg jd think thank & laksanakan perundingan

haha
 
Sponsored Post

Tak
Pada @Yallah semua orang kena berperang
Ibarat kalau US perang Iraq & Afghanistan dulu, Presiden perlu sama2 angkat senjata jadi frontline
Aku tak dapat bayang kalau Biden pegang senapang 😂

Bodo @Yallah is another level 😂
tgk lah sigi

memey barua zionis Israhell menyelinap kt sini
 

Israel mahu hapus pemerintahan Hamas di Gaza, ganti dengan kerajaan alternatif​

Jun 2, 2024 @ 5:32pm


(Gambar fail) Pejuang Hamas - FOTO AFP
(Gambar fail) Pejuang Hamas - FOTO AFP


BAITULMAQDIS: Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant, berkata rejim itu sama sekali tidak akan menerima pemerintahan Hamas di Gaza, dan sedang menilai alternatif bagi menggantikan pentadbiran pimpinan kumpulan pejuang Islam itu.

"Dalam pada kami melaksanakan tindakan ketenteraan, pihak pertahanan turut menilai alternatif pemerintahan menggantikan Hamas.

"Kami akan mengasingkan kawasan (di Gaza), mengeluarkan operasi Hamas dari kawasan berkenaan serta memperkenalkan pasukan yang akan membolehkan pembentukan kerajaan alternatif - iaitu alternatif yang akan mengancam Hamas," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Gallant bagaimanapun tidak memperincikan alternatif berkenaan.


Katanya, operasi ketenteraan Israel berserta tindakan mewujudkan potensi alternatif pemerintahan, akan membolehkan penyingkiran Hamas dan pemulangan tawanan.

"Kami tidak akan menerima pemerintahan Hamas di Gaza pada apa juga peringkat dalam sebarang proses yang meletakkan sasaran untuk menamatkan peperangan ketika ini," katanya.

Hamas - yang berikrar untuk memusnahkan Israel - telah memerintah Semenanjung Gaza sejak 2007, setahun selepas kumpulan pejuang itu memenangi pilihan raya parlimen dan disusuli perang saudara singkat dengan pasukan keselamatan Pihak Berkuasa Palestin yang disokong Barat. - REUTERS
..................
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register