BTC USD 40,415.7 Gold USD 1,800.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Israel Launch Airstrike on Syria |Israel lancarkan roket sasarkan ke selatan Syria

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,338
Reaction score
5,185
Points
721

Israeli troops and artillery mobilized in the annexed Golan Heights, Thursday, April 22, as cross-border strikes raise tensions between Israel and Syria.
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,338
Reaction score
5,185
Points
721
syria_1623196102.jpg


Syria mengaktifkan pertahanan udara terhadap 'pencerobohan Israel'​


DAMASCUS: Sistem pertahanan udara Syria telah diaktifkan untuk menentang 'pencerobohan Israel' di Damsyik, kata agensi berita negara Sana pada lewat semalam.


Pesawat Israel tiba dari ruang udara Lubnan, kata Sana, yang menyatakan ada 'letupan di Damsyik'.


Agensi berita itu tidak memberikan sebarang petunjuk mengenai kematian atau kerosakan.


Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria, pemantau perang yang berpusat di Britain, melaporkan 'letupan ganas dirasakan di Damsyik dan sekitar bandar, diikuti oleh serangan Israel ke atas kedudukan tentera' tentera Syria.

Serangan udara itu menyasarkan kawasan 'dekat dengan lapangan terbang antarabangsa Damsyik, serta batalion tentera udara Syria di wilayah Dumayr', sekitar 50 kilometer dari Damsyik, di mana 'letupan berlaku di depot senjata', menurut Badan Pemerhati itu.


'erangan udara juga berlaku di selatan wilayah Homs sementara letupan dirasakan di wilayah Hama dan Latakia, masing-masing di utara dan barat laut.


"Serangan itu menyebabkan korban manusia di Homs, di mana pasukan penyelamat dihantar ke lokasi yang disasarkan," kata Badan Pemerhati, tanpa memberikan angka korban.


Ketua Badan Pemerhati, Rami Abdul Rahman, menyatakan kepada AFP bahawa 'ini adalah serangan pertama Israel di Syria sejak perang di Gaza baru-baru ini' antara Israel dan pejuang Islam Palestin, Hamas.


Tentera Israel, yang jarang mengakui serangannya di Syria, memberitahu AFP: "Kami tidak memberi komen mengenai laporan di media asing."


Sejak bermulanya perang di negara jiran Syria pada tahun 2011, Israel telah melakukan ratusan serangan udara di wilayah Syria, yang menyasarkan kedudukan rejim serta pasukan sekutu Iran dan anggota gerakan Hizbullah Lubnan.


Israel secara berkala mengulangi bahawa ia tidak akan membiarkan Syria menjadi kubu kuat musuhnya, Iran.


Perang di Syria, yang bermula pada 2011 dengan penindasan terhadap protes prodemokrasi oleh rejim, semakin rumit sejak dekad lalu, membabitkan lebih banyak pihak.


Menurut Badan Pemerhati, perang telah menyebabkan hampir setengah juta orang mati. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
57,338
Reaction score
5,185
Points
721
syria_1626930526.jpg

Pasukan pertahanan udara Syria bertindak balas terhadap peluru berpandu Israel yang menyasarkan selatan Damsyik pada 20 Julai lalu. - Foto AFP

Syria tembak jatuh tujuh peluru berpandu Israel​

MOSCOW: Pasukan pertahanan udara Syria menembak jatuh tujuh daripada lapan peluru berpandu yang dilancarkan oleh pesawat perang Israel dalam serangan yang menyasarkan wilayah Syria di Aleppo.


Ketua Pusat Rekonsiliasi tentera Russia di Syria, Laksamana Muda Vadim Kulit, berkata empat jet pejuang F-16 Israel menyasarkan kemudahan di tenggara Aleppo dalam serangan Isnin lalu.


Kulit berkata, tujuh daripada lapan peluru berpandu yang dilancarkan oleh jet pejuang Israel berjaya dijatuhkan oleh unit pertahanan udara Syria yang menggunakan sistem pertahanan udara dibekalkan oleh Russia Pantsyr-S dan Buk-M2.


"Satu peluru berpandu merosakkan bangunan pusat penyelidikan saintifik di Safira," katanya.

Memetik laporan agensi berita SANA, pegawai tentera Syria berkata, Israel melakukan serangan udara di wilayah Aleppo pada Isnin lalu.


Dia mengatakan bahawa pertahanan udara Syria menembak jatuh sebahagian besar peluru berpandu dalam serangan yang berlaku tepat sebelum tengah malam.


Observatorium Syria untuk Hak Asasi Manusia yang berpusat di Britain iaitu pemantau perang yang mempunyai aktivis di Syria, menyatakan serangan Israel menyasarkan depot senjata yang dimiliki oleh militan disokong Iran dan beroperasi di wilayah Safira di Aleppo.


Kumpulan itu mengatakan bahawa serangan itu diikuti letupan kuat di mana depot senjata itu berada di dalam pos tentera Syria.


Israel sebelum ini melancarkan ratusan serangan terhadap sasaran ketenteraan yang berkaitan dengan Iran di Syria selama bertahun-tahun tetapi jarang mengakui atau membincangkan operasi itu.


Israel bimbang Iran akan menguasai di sempadan utara dan berkali-kali menyerang kemudahan yang berkaitan dengan Iran dan konvoi senjata yang ditujukan untuk Hizbullah.


Russia telah melakukan kempen ketenteraan di Syria sejak 2015, membantu rejim Presiden, Bashar Assad merebut kembali kawalan ke atas sebahagian besar negara itu setelah perang saudara yang dahsyat.


Moscow juga telah membantu memodenkan persenjataan tentera Syria dan melatih anggotanya. - AGENSI
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
306,634
Reaction score
13,922
Points
2,376
SERANGAN | Syria Pintas Tujuh Peluru Berpandu Israel

Pasukan pertahanan udara Syria menembak tujuh daripada lapan peluru berpandu yang dilancarkan oleh pesawat tentera Israel dalam serangan yang menyasarkan wilayah Aleppo.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
306,634
Reaction score
13,922
Points
2,376
SERANGAN | Empat Kanak-Kanak Maut Antara Tujuh Sekeluarga Maut

Tujuh sekeluarga terbunuh, manakala tujuh yang lain cedera dalam serangan tentera rejim Bashar al-Assad di Ibleen, Syria.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register