BTC USD 59,630.9 Gold USD 1,802.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Israel lancar serangan udara ke Gaza

wenn

Active Member
Joined
Mar 13, 2010
Messages
1,637
Reaction score
0
Points
20
2010/12/10- GAZA: Israel melancarkan serangan udara ke atas Semenanjung Gaza semalam, beberapa jam selepas roket dilepaskan pejuang Palestin mencederakan seorang lelaki tempatan di kawasan pertanian berhampiran sempadan antara dua jajahan, kata tentera.

Seorang jurucakap tentera Israel berkata serangan itu disasarkan di tiga tempat berbeza di Semenanjung Gaza, dua daripadanya disahkan pejuang Palestin tapak yang digunakan untuk latihan mereka. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Pejuang Palestin melepaskan kira-kira lima meriam lewat kelmarin dan serpihan satu daripadanya mencederakan seorang lelaki. Mangsa dibawa oleh helikopter ke sebuah hospital di Beersheba, namun kecederaannya tidak mengancam nyawa, kata jurucakap itu.
Lelaki itu adalah mangsa pertama akibat serangan roket dilepaskan pejuang Gaza ke Israel sejak Mac lalu apabila seorang buruh tani dari Thailand terbunuh apabila terkena bedilan.

Pejuang di jajahan perairan yang diperintah Hamas secara kerap melepaskan roket menyeberangi sempadan dan meriam ke arah Israel yang jarang menyebabkan kematian.

Israel menggunakan serangan kereta kebal atau udara ke atas sasaran pejuang dan terowong yang digunakan untuk menyeludup barangan dan senjata ke dalam jajahan dikepung dari Mesir. – REUTERS

INFO;Berita Harian
 
Sponsored Post

arjan

Fun Poster
Joined
May 14, 2010
Messages
570
Reaction score
11
Points
15
Ya Allah berikan perlindungan dan kekuatan kepada saudara2 ku di sana. Engkau hancurkan kufar yahudi tersebut.
 

Uzyr R

Super Active Member
Joined
Jul 23, 2008
Messages
7,750
Reaction score
86
Points
70
Jahanam punya israel..hutan diorg terbakar bomba palestin pn ada tolong tp ini balasan diorg..
 

copy left

CG Top Poster Club
Joined
Jun 25, 2008
Messages
27,013
Reaction score
570
Points
161
masih ade lagi serangan dari yahudi rupenye,tu yg kita tau yg kita x tau lagi banyak
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register