BTC USD 60,168.2 Gold USD 2,579.17
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Israel Dakwa Bunuh Ketua Sayap Tentera Hamas Pula

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,100
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
61,100
Reaction score
6,772
Points
916
Awards
1
02.08.2024 - Israel mendakwa pihaknya telah berjaya membunuh Ketua Sayap Ketenteraan Hamas, Mohammed Deif, dalam satu serangan udara di selatan Gaza pada 13 Julai lalu. Portal Al-Jazeera yang memetik kenyataan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) melaporkan, risikan rejim Zionis itu mendakwa Mohammed Deif terkorban dalam serangan berkenaan.​

37f75ae0be1fdde5667427be7f8d555d.jpg

“Kami kini boleh sahkan bahawa Mohammed Deif telah dihapuskan,” kata tentera Israel pada Khamis.
734ccd9b7e546d333c4e94c327ec7f1a.jpg


Setakat ini, pihak Hamas mengakui serangan di Khan Younis itu telah meragut lebih 90 nyawa tetapi menafikan bahawa Mohammed Deif adalah antara mereka yang syahid. Agensi berita antarabangsa pula memetik Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant, sebagai berkata, pembunuhan Mohammed Deif adalah satu kejayaan yang signifikan dalam usaha menghapuskan Hamas.

“Pembunuhan ini menunjukkan bahawa Hamas telah berpecah. Anggota pergerakan itu akan menyerah diri atau dihapuskan,” katanya.

191ce30fac4176a6962f985b1ec663f5.jpg


Rabu lalu, Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Hamiyeh terbunuh dalam satu letupan di kediamannya di Tehran, Iran. Selasa lalu, kumpulan Hizbullah Lubnan mengesahkan bahawa komander kanannya, Fuad Shukr terbunuh dalam serangan Israel di pinggir Beirut. Dia adalah tokoh paling kanan daripada kumpulan itu yang terbunuh dalam konflik hampir 10 bulan dengan Israel. Hizbullah adalah sekutu Hamas.

c2e2e5bb797024c4d73c932755198566.jpg


Mohammed Deif dilaporkan sebagai pemimpin kedua tertinggi Hamas di Gaza. Dia didakwa sebagai antara individu yang bertanggungjawab merancang serangan pada 7 Oktober lalu di selatan Israel yang mengakibatkan 1,200 kematian. Dianggap sebagai antara tokoh Hamas paling dominan, Mohammed Deif memimpin pergerakan itu selama 30 tahun, membangunkan rangkaian terowong dan pakar dalam membuat bom. Mohammed Deif juga berada di senarai paling dikehendaki Israel selama beberapa dekad, selain bertanggungjawab secara peribadi atas kematian berpuluh-puluh penduduk haram Zionis dalam pengeboman berani mati.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/714045
 
Back
Top
Log in Register