BTC USD 37,355.8 Gold USD 1,797.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Israel Bangunkan Sensor Yang Boleh Kesan Penipuan

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,153
Joined
Nov 23, 2012
Messages
34,153
Reaction score
4,392
Points
296
Awards
1
Mengesan penipuan bukanlah satu kemahiran dimiliki semua orang tambah pula jika pembicara seorang yang bijak memanipulasi. Setakat ini, teknologi poligraf sekalipun tidak dapat mengesan penipuan secara berkesan. Professor Dino Levy, Professor Yael Hanein dan sekumpulan pengkaji dari Tel Aviv University telah membangunkan pengesan penipuan dengan menggunakan sensor yang mampu mengesan penipuan melalui pergerakan otot pada wajah. Ia dilaporkan mempunyai ketepatan sehingga 73%.

lie-sensor-1.jpg


Pengkaji mendapati terdapat pergerakan otot kecil pada kening atau pada pipi yang akan menunjukkan jika seseorang itu sedang berbohong.

Ujian yang dijalankan mereka menggunakan pelekat yang mengandungi elektrod yang dilekatkan pada wajah peserta. Mereka mengukur aktiviti elektrik pada otot dan saraf, satu proses yang dikenali sebagai facial surface electromyography (sEMG), tetapi kini menggunakan sensor yang jauh lebih berkuasa.

Bergerak ke hadapan, mereka mahu menggunakan kelebihan AI untuk mengesan pergerakan kecil pada wajah tanpa bergantung pada elektrod lagi. Dengan teknologi pembelajaran mesin, ia akan memudahkannya diimplimentasi di merata tempat seperti lapangan terbang, bank dan lain-lain.

Sumber asal The Times of Israel
 

CG Sponsors




Top
Log in Register