Ismail Kamus meninggal dunia - Innalillah

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,131
Reaction score
11,347
Points
2,376
Credits
0

AL-FATIHAH | Jenazah Datuk Ismail Kamus Selamat Dikebumikan​

Cuaca mendung dan suasana sayu mengiringi majlis pengebumian tokoh pendakwah, Datuk Ismail Kamus di Tanah Perkuburan As-Sobirin, Lembah Keramat, Kuala Lumpur.

Jenazah selesai dikebumikan pada jam 11 pagi tadi selepas dimandikan dan disolatkan di Masjid As-Sobirin AU4, Lembah Keramat.

Turut kelihatan kenalan, tokoh agama dan ahli keluarga yang hadir memberi penghormatan terakhir.

Hanya ahli keluarga sahaja dibenarkan masuk ke dalam masjid bagi menguruskan jenazah.

Pendakwah terkenal itu disahkan meninggal dunia di rumahnya di Ampang, Selangor, jam 12.29 tengah malam tadi.

Allahyarham yang juga bekas ADUB Gombak Setia pada 1999 hingga 2004 dan pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Allahyarham yang juga Pengasas dan Penasihat Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia dilaporkan menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada 9 Mei tahun lalu.
 
Sponsored Post
Sponsored Post
Top
Log in Register