Ismail Kamus meninggal dunia - Innalillah

CG Sponsors




Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,131
Reaction score
11,347
Points
2,376
Credits
0
FB_IMG_1588870983980.jpg

Kita telah kehilangan seorang tokoh agama di bulan Ramadan ini. Takziah buat keluarga Ustaz Ismail Kamus.

Al-Fatihah.

#artortoiseMY
 

hj_maikel

CG Top Poster Club
Joined
May 19, 2010
Messages
29,705
Reaction score
2,255
Points
191
Credits
0
Ustaz ismail kamus ni kesayangan org...
Tp Allah lebih menyayangi beliau...

bulan ramadhan mlm ke 15 di hari jumaat..

innalillahi wa inna ilaihirojiun..
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,131
Reaction score
11,347
Points
2,376
Credits
0
Ustaz ismail kamus ni kesayangan org...
Tp Allah lebih menyayangi beliau...

bulan ramadhan mlm ke 15 di hari jumaat..

innalillahi wa inna ilaihirojiun..
Genap seminggu selepas pemergian arwah pak mertua teman
Al Fatihah (Dibaca penuh) buat mereka
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
34,356
Reaction score
1,922
Points
206
Credits
0
إنا لله وإنا إليه راجعون

اللهم اغفر له وارحمه وعافيه واعف عنه


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,131
Reaction score
11,347
Points
2,376
Credits
0


Allahyarham Ismail Kamus menghembuskan nafas terakhir pada usia 72 tahun di malam 15 Ramadan. - Gambar fail

Ustaz Ismail Kamus meninggal dunia


KUALA LUMPUR: Pendakwah tanah air dan pengasas Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia, Datuk Ismail Kamus menghembuskan nafas terakhir pada pukul 12.30 tengah malam di kediaman beliau di Ampang.

Berita pemergian tokoh ternama tanah air itu dikongsi oleh Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia menerusi laman Facebook rasmi kira-kira 10 minit lalu.

"Tokoh pendakwah tanah air dan Pengasas Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia, Tuan Guru Dato' Ismail Kamus telah kembali ke rahmatullah Jam 12.30 pagi, 8 Mei 2020 di kediaman beliau di Ampang.

"Semoga Allah SWT menempatkan beliau ditempat yang mulia di sisi Allah SWT ta'ala," kata pusat perubatan berkenaan dalam Facebook.


Sumber Facebook perubatandarussalam
Allahyarham yang berusia 72 tahun sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung dan strok ringan, serta jangkitan kuman di paru-paru.

Menurut Exco Penerangan Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia, Abdul Hadi Jusoh, veteran Pas itu dimasukkan ke wad sejak 26 April disebabkan keadaaan kesihatan yang agak lemah.

Allahyarham merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia dan pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Sementara itu, laman Facebook Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia dibanjiri ucapan takziah daripada orang ramai yang berkongsi rasa sedih dengan pemergian Allahyarham.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut berkongi rasa sedih dengan pemergian Allahyarham Ismail.

Di akaun Twitternya, Azmin mendoakan agar Allahyarham dikurniakan husnul khatimah dan diberikan ganjaran syurga Allah SWT. Al-Fatihah.



 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,131
Reaction score
11,347
Points
2,376
Credits
0
‎اِنَّالِلَه وَاِنَّااِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ

‎Moga Allah terima segala amalannya, berikan keampunan & tempatkan di kalangan hamba-Nya soleh

Amin Ya Rabb Alamin
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
279,131
Reaction score
11,347
Points
2,376
Credits
0
Anjuran solat jenazah ghaib

Saya mencadangkan supaya sahabat-sahabat pecinta ulama seluruh Malaysia mengadakan solat jenazah ghaib untuk al-marhum Dato Ismail bin Kamus sebagai memuliakan kedudukan beliau dan sumbangan dan khidmat beliau untuk agama Islam .

Kaedah solat ghaib seperti berikut

1. Tunggu maklumat sahih bahawa jenazah sudah dimandikan dan dikafankan ,setelah itu barulah solat ghaib dimulakan

2. Niat solat - Senghaja aku menunaikan solat keatas jenazah Ustaz Ismail bin Kamus empat takbir fardhu kifayah kerana Allah taa'la

3. Kemudian solat jenazah dilakukan seperti biasa

4. Mereka yang berada berdekatan dan berpeluang untuk datang ,hendaklah solat secara hadir dan sekiranya tidak berpeluang boleh juga solat dilakukan di tanah perkuburan atau melakukan solat ghaib dirumah berdasarkan pandangan Imam Ramli

5. Bagi mereka yang jauh boleh juga mengerjakan solat di tanah perkuburan apabila selesai PKP nanti

6. Niatkan pahala bacaan khatam Quran dihadiahkan seumpamanya kepada al-marhum

7. Kita buat semua ini atas dasar mencintai ulama serta mengharapkan ramai manusia yang akan mensolatkan jenazah kita dan menghadiahkan khataman al-Quran untuk kita pula saat tiba giliran kita kelak

sila kongsikan ilmu kepada mereka yg tidak megetahui dan megambil manfaat

 
Sponsored Post
Top
Log in Register