ISLAM agama PALING DISIPLIN & TERSUSUN - (GAMBAR )

CG Sponsors




usahOne

Super Active Member
Joined
Jan 16, 2007
Messages
7,192
Reaction score
11
Points
65
dah nama pun sempurna .. setiap perbuatan itu sentiasa sempurna
yg buat x sempurna islam kat msia hanyalah pemimpin umCO shj...islam d pandang hina oleh bangsa asing....alahaiiiiiii
 
Sponsored Post

falconscreative

Fun Poster
Joined
Jan 14, 2011
Messages
249
Reaction score
3
Points
15
Aku xbangga dlahirkn MELAYU...
namun...
Aku bangga dilahirkan sbgai ISLAM..
 

samir an

Fun Poster
Joined
Jan 19, 2011
Messages
165
Reaction score
0
Points
10
itu sbabnye org kapir buat kawad kaki ngn perbarisan.sbb nk lwn bnda nie la.
 

lovebattery

Banned
Joined
Dec 11, 2007
Messages
1,280
Reaction score
13
Points
25
islam agama yg sempurna.

tapi bukan semua orang islam sempurna...

jangan sampai jaja islam untuk dapat kuasa..



yg buat x sempurna islam kat msia hanyalah pemimpin umCO shj...islam d pandang hina oleh bangsa asing....alahaiiiiiii
 

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,382
Reaction score
1,996
Points
201
Pelihara kesucian Islam
Sesungguhnya Islam adalah satu-satunya agama yang diterima di sisi Allah SWT. Terdapat banyak dalil yang membuktikan hal ini dan semuanya tidak dapat disangkal oleh mana-mana hujah. Firman Allah SWT bermaksud: "Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam..." (Surah Ali 'Imran, ayat 19). Pengiktirafan Allah SWT tentang kedudukan Islam tidak boleh diragui sama sekali. Setiap umat Islam yang mengaku dirinya beriman dengan Allah SWT dan Rasul-Nya tidak boleh meragui kebenaran ajaran Islam.

Pada ayat lain, Allah SWT menjelaskan sesiapa yang memilih agama selain daripada Islam, maka sesungguhnya mereka telah melakukan perbuatan yang salah dan tidak diterima oleh-Nya. Firman Allah SWT bermaksud: "Dan sesiapa yang mencari agama selain Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada hari Akhirat kelak daripada orang yang rugi." (Surah Ali 'Imran, ayat 85)

Setiap ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW adalah untuk semua umat manusia menerimanya. Hal ini membuktikan syariat atau pelaksanaan tuntutan agama Islam semuanya bersesuaian dengan kehidupan manusia seperti mana yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW menerusi dakwahnya.

Maka Islam yang sampai kepada manusia pada hari ini adalah agama sama seperti mana disampaikan oleh Rasulullah SAW. Ia mengandungi ketetapan yang sangat jelas berdasarkan sumber paling berautoriti iaitu al-Quran dan sunah dan kedua-dua sumber ini tidak pernah berubah sama sekali dari dahulu hingga selamanya.

Dengan memahami perkara asas ini, umat Islam lebih-lebih lagi pada saat berdepan dengan kelompok manusia daripada pelbagai agama perlu berpegang teguh terhadap prinsip Islam. Meskipun agama Islam menggesa umatnya agar tidak menghina atau mempermainkan agama lain, namun hal ini tidak bermakna ketetapan Islam boleh diketepikan. Tidak ada toleransi dalam soal menjaga prinsip agama Islam kerana ia perkara yang menjadi tonggak bagi menzahirkan kebenaran Islam.

Ketinggian ajaran Islam perlu sentiasa dipelihara oleh setiap umatnya. Bukan sahaja dengan memelihara setiap tingkah laku, malah turut melibatkan hal seperti mengulas sesuatu perkara yang boleh mencalarkan nama baik Islam. Sebagai contoh, sekiranya terdapat mana-mana orang Islam yang terlibat dalam kesalahan tertentu, maka janganlah tatkala mengkritik perbuatan tersebut maka Islam dipalitkan dengan keburukan tersebut.

Kata-kata yang mengaitkan kesalahan individu dengan Islam perlu dielakkan seperti "Orang agama pun buat benda tak elok", atau "Siapa lagi kita nak percaya kalau ustaz pun buat maksiat." Ada juga kata-kata sinis seperti "Nama sahaja orang Islam, tetapi perangai buruk" atau "Tengok tu, orang belajar agama pun terjebak sama buat benda dosa" dan seumpamanya perlu dihentikan.

Meskipun kata-kata seperti dinyatakan itu merujuk kepada kritikan terhadap perbuatan seseorang yang melakukan kesalahan namun ungkapan yang dikaitkan dengan agama Islam sedikit sebanyak boleh mencalarkan imej Islam. Jadi bukan sahaja orang yang terlibat dengan kesalahan itu telah mencemarkan nama Islam, tetapi orang yang tidak cermat dalam mengulas turut memberi gambaran negatif terhadap Islam.

Bayangkan bagaimana tanggapan orang bukan Islam terhadap agama yang kita cintai ini. Memang benar ada dalam kalangan orang Islam yang terjebak dalam perbuatan rasuah, namun janganlah dijaja kata-kata yang menunjukkan seolah-olah keislaman seseorang tidak boleh menyelamatkan dirinya daripada terjebak dalam kesalahan tersebut.

Begitu juga apabila ada yang berpandangan apabila seseorang yang dilihat melakukan solat, tetapi masih melakukan kemungkaran. Maka ulasan yang diberikan menjurus seolah-olah solat tidak berfungsi untuk mencegah perbuatan mungkar. Kesilapan tanggapan ini perlu diperbetulkan dengan orang yang melontarkan ulasan perlu sentiasa mengambil sikap berhati-hati dalam pertuturannya.

Sememangnya solat mampu mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran. Namun sebenarnya perlu dilihat juga kualiti solat yang dilakukan itu. Mana mungkin ibadah solat yang dilakukan tanpa mengikut spesifikasi ditetapkan oleh syariat mampu mencapai maqasid atau objektif pelaksanaan ibadah tersebut. Justeru, bukan salah ibadah tersebut sekiranya seseorang yang melakukannya masih terjebak dalam perbuatan mungkar.

Oleh itu, setiap umat Islam perlu sentiasa memperbaiki amalan yang disyariatkan oleh Islam agar kesan baik daripada pelaksanaan ibadah tersebut dapat benar-benar dicapai. Bukan soal ibadah yang disyariatkan oleh Islam tidak memberi kesan baik terhadap diri, tetapi kualiti pelaksanaannya yang perlu dilihat kembali agar ia benar-benar menepati hikmah penyariatan yang ditetapkan.

Firman Allah SWT bermaksud: "Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu daripada al-Quran dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dankesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (Surah al-Ankabut, ayat 45)

Pelaksanaan ibadah solat perlu dilaksanakan dengan penuh tekun dan mengharapkan ganjaran daripada Allah SWT, bukan sekadar menunaikannya semata-mata. Pelaksanaan ibadah yang dilakukan dengan tekun dan sempurna akan menatijahkan kebaikan untuk pelaksananya iaitu selamat daripada terjebak dalam perkara yang keji dan mungkar.

Keterlanjuran yang dilakukan oleh orang Islam tidak boleh dikaitkan dengan Islam. Orang Islam yang melakukan dosa dan kesalahan adalah disebabkan kelemahan dirinya sendiri. Justeru, tidak adil sekiranya ada suara-suara yang cuba mengaitkan ajaran Islam dengan kesalahan atau kemungkaran yang dilakukan oleh umatnya. Hal ini termasuk apabila kesalahan tersebut dilakukan oleh orang yang dikaitkan dengan kelompok yang memahami agama. Setiap manusia boleh tersungkur disebabkan kelemahan imannya sendiri, bukan disebabkan ajaran Islam yang diamalkannya.

Dalam masa sama, setiap umat Islam perlu menjaga tingkah laku masing-masing agar kesilapan yang dilakukannya tidak dikaitkan dengan kesucian ajaran Islam. Sesiapa pun tidak boleh membuat pengakuan bahawa dirinya terhindar daripada sebarang kesalahan. Selagi diri bernama manusia, tetap ada kemungkinan tergelincir daripada landasan yang ditetapkan oleh Islam.

Walau bagaimanapun, setiap orang yang melakukan kesalahan berpeluang untuk memohon keampunan daripada Allah SWT dan perlu bersungguh-sungguh meninggalklan kesilapan masa lalu. Jadi, jagalah diri dan keluarga agar tidak terjebak dalam dosa dan kesilapan yang boleh mencalar ketinggian agama Islam.

Firman Allah SWT bermaksud: "Dan juga orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)." (Surah Ali 'Imran, ayat 135)

Penulis Pensyarah di Pusat Pengajian Bahasa Arab, Fakulti Bahasa Dan Komunikasi, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
 
Sponsored Post
Top
Log in Register