BTC USD 57,420.8 Gold USD 1,773.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai Isi petrol cara tradisional di Dabong jadi tarikan

kopirait

CG Top Poster Club
Messages
39,086
Joined
Apr 18, 2010
Messages
39,086
Reaction score
2,953
Points
206
1244906.jpg


KUALA KRAI - Isian minyak petrol secara tradisional dengan mengepam bahan api itu menggunakan tangan menjadi tarikan baharu dalam kalangan masyarakat khususnya penduduk luar Dabong.

Kaedah itu turut menunjukkan kepada masyarakat bahawa cara tersebut masih digunakan walaupun pada zaman moden.

Ia diakui sendiri oleh pemilik sebuah kedai runcit, Norhayati Musa, 46, yang menawarkan perkhidmatan isian petrol secara tradisional kepada penduduk di kawasan yang mula dikenali melalui perkhidmatan 'Train To Dabong'.

"Cara isian bahan api ini berbeza dengan kaedah di stesen minyak kerana perlu dipam menggunakan tangan mengikut isipadu yang telah ditetapkan sebelum disalurkan ke tangki kereta atau motosikal," katanya yang sudah beroperasi sejak tujuh tahun lalu.

Menurutnya, cara isian minyak itu mula tular di aplikasi Tiktok sehingga penduduk luar kawasan Dabong mula datang ke kedainya untuk melihat secara dekat proses itu berlaku.

Tambah Norhayati, bahan api yang dijual kepada pelanggan itu mengikut harga semasa sebagaimana dilaraskan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Norhayati berkata, setiap liter bahan api yang dijual itu akan direkod dan setiap hari KPDNHEP akan menghantar bekalan bagi menampung permintaan pengguna.

Katanya, stesen minyak terdekat dengan kawasan itu ialah di Jeli iaitu 60 kilometer (km) diikuti oleh Gua Musang sejauh 65 km, dan Kuala Krai pula 120km.

Seorang pengguna dari Kota Bharu, Ilane Kamarul, 25, berkata, dia cukup teruja dapat mencuba sendiri perkhidmatan tersebut yang tular menerusi Tiktok.

"Sebagai generasi baru, saya menganggap kemudahan ini cukup unik dan belum pernah melihat secara dekat.

"Saya datang ke Dabong atas urusan kerja. Selepas urusan selesai saya mengambil keputusan untuk mencuba perkhidmatan ini kerana tidak puas menontonnya di aplikasi Tiktok," katanya.

1244904.jpg


Menurutnya, kemudahan pam tradisional ini memudahkan tugas orang ramai sekiranya berdepan dengan masalah untuk mendapatkan bahan api itu kerana jarak ke stesen minyak utama agak jauh.

Sementara itu, Pengarah KPDNHEP Kelantan, Adnan Abd Rahman berkata, terdapat 13 lokasi yang menjual bahan api itu di bawah seliaan pihaknya.

"Pemantauan dilakukan setiap masa bagi memastikan penyelewengan bahan api itu tidak berlaku termasuk gas petroleum cecair (LPG)," katanya.

 
Sponsored Post

Niyang

CG Top Poster Club
Messages
42,542
Joined
May 13, 2009
Messages
42,542
Reaction score
1,501
Points
201
dier pakai minyak jenama ape ek.. Bhp?shell?petron... cara ni plg jujur.. kalo pakai petrol pum.. ramai ckp sikit la.. tiap kali isi minyak mesti ade lebihan kuar.. kt hulu langat atas dr br 18.. masih gune minyak botol..
 

anbusan

Super Active Member
Messages
8,366
Joined
Jan 22, 2006
Messages
8,366
Reaction score
304
Points
91
aku pegi lombok semua style ni isi minyak dengan pakai botol mcm dulu2 kat kampung.
kat bandar besar je ada stesen minyak
 

[email protected]

Legendary Member
Messages
16,697
Paid Membership
Joined
Nov 12, 2008
Messages
16,697
Reaction score
94
Points
135
Kedai kat kg aku zaman kanak2 riang dulu pakai sistem ni.
 

zackpenang

Fun Poster
Messages
527
Joined
Jan 9, 2010
Messages
527
Reaction score
226
Points
33
Kat area kampung saya masih banyak guna cara ni dekat kedai runcit, tak heran pun, cuma mat motor la pi isi sebab nak cepat kot, padahal stesen minyak dekat saja....
 

rsat

Active Member
Messages
1,362
Joined
Aug 4, 2011
Messages
1,362
Reaction score
228
Points
43
Rumah arwah tokki dulu ada menda ni. Tapi untuk minyak tanah..pusing2 ja. Rindu kedai tokki..
 

lats840

Active+ Member
Messages
3,223
Joined
Mar 15, 2009
Messages
3,223
Reaction score
927
Points
81
Lama tak jumpa...
Rindu nak jd kanak2 riang balik...
Dah tuo2 ni bnyk lak cobaan....
Huhu...
 

shah_ae

Legendary Member
Messages
16,321
Joined
Oct 27, 2008
Messages
16,321
Reaction score
910
Points
171
kat kg dlu pakai gelen...
mase tu seliter Rm1.30-1.40...
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
324,583
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
324,583
Reaction score
16,558
Points
2,376
Kat kawasan kampung² ada lagi ni pakai cara ni
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register