ISA tidak akan dipinda, dihapus

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
PUTRAJAYA,: Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tetap tidak akan dipinda atau dihapuskan walaupun terdapat ugutan daripada sesetengah pihak, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Beliau berkata akta itu sekarang digunakan dengan penuh berhemah, adil dan tidak disalahguna.

ISA hanya digunakan bila dianggap ada keperluan bagi menjamin keselamatan serta ketenteraman awam, katanya.

“Saya menegaskan sekali lagi bahawa akta itu juga tidak digunakan untuk citarasa politik,” katanya kepada pemberita sebagai mengulas kenyataan presiden Parti Progresif Rakyat (PPP) Datuk M. Kayveas yang akan keluar dari Barisan Nasional (BN) sekiranya kerajaan tidak membuat sebarang pindaan ke atas ISA sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.

Menurut Syed Hamid kini terdapat 48 tahanan ISA berbanding 75 sebelum ini dan tahanan itu boleh dikeluarkan pada bila-bila masa jika mendapati mereka benar-benar sudah pulih dan tidak mengancam keselamatan negara.

Terdahulu, beliau menerima kunjungan delegasi dari Singapura yang diketuai oleh Menteri Undang-undang negara itu K.Shanmugam dan dalam pertemuan itu isu ISA turut menjadi antara agenda perbincangan.

“Kedua-dua negara tidak kesal mempunyai ISA sebagai undang-undang pencegahan kerana ia dapat mengekalkan keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya.

Selain itu, isu berhubung kebebasan dan peranan media serta hak asasi manusia turut dibincangkan kedua-dua pemimpin berkenaan. - Bernama

Tunggu apa lagi..PPP..Pelan Pelan Pulang ler....

:eek::eek::eek::eek:
 
Sponsored Post

Kehidupan

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
hurm....

guna baik2 k....
 

onizuka

Active Member
Joined
Mar 4, 2007
Messages
1,604
Reaction score
40
Points
30
ISA .. Ibliss Seitan Association
 

lutut.blogspot.com

Junior Member
Joined
Jan 2, 2009
Messages
84
Reaction score
4
Points
11
ketenteraman awamkah? tp yg dalam ISA tu bukannye perompak, pembunuh, pemprogol bersiri, tapi pemimpin pembangkang.. kehkeh.. lu pikirla sendirik..
 

kuhik

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,311
Points
191
ketenteraman awamkah? tp yg dalam ISA tu bukannye perompak, pembunuh, pemprogol bersiri, tapi pemimpin pembangkang.. kehkeh.. lu pikirla sendirik..
tak faham ngan ayat kamu...
 

mtx_69

Super Active Member
Joined
Aug 9, 2009
Messages
8,190
Reaction score
1,406
Points
141
ISA tak boleh lg dihapuskan,kerana banyak org komunis lgi kat malaysia ni..nanti jd mcm singapore..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register