BTC USD 62,817.8 Gold USD 4,336.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ISA belum boleh dimansuhkan lagi

jimie lee

Permanently Banned - Multiple ID
gem
Messages
5,244
Joined
Jul 1, 2011
Messages
5,244
Reaction score
839
Points
111
190eda393fbca930d8475777d609f9ab.gif


Dua undang-undang baharu yang dicadangkan untuk keselamatan negara perlu berkuatkuasa terlebih dahulu sebelum Akta Keselamatan Dalam Ngeri (ISA) boleh dimansuhkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata kerajaan mahu mempastikan kedua-dua akta berkenaan siap sebelum ISA dimansuhkan.

Mohamed Nazri menegaskan tidak boleh ada ruang di antara mengenakan undang-undang baharu itu dengan memansuhkan ISA supaya tidak berlaku sebarang kerumitan termasuk perlunya membebaskan tahanan ISA.

Beliau memberitahu ini kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata baharu-baharu ini bahawa usul untuk memansuhkan ISA akan dibentangkan di Dewan Rakyat bulan Mac tahun depan.

Najib hari ini membentangkan usul di Dewan Rakyat untuk memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 dan Akta Kediaman Terhad 1933.

Tepati kehendak rakyat

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berekata pembentangan cadangan memansuhkan ISA akan dilakukan pada Mac depan kerana kerajaan mahu dua undang-undang baru mengenai keselamatan negara menepati kehendak rakyat.

Katanya, kerajaan akan memastikan undang-undang tersebut mempunyai peruntukan yang seimbang antara keperluan keselamatan dan perpaduan rakyat, serta semua rakyat dilindungi.

"Ini membabitkan soal penglibatan dan perundingan. Kami mahu undang-undang itu kena dengan kehendak. Kami mahu pastikan apa juga pindaan yang dilakukan bukan retorik," katanya kepada pemberita, di Lobi Parlimen.

Beliau berkata ini juga peluang kepada kerajaan dan rakyat untuk menentukan peraturan asas bagi transformasi pada masa depan dan membina negara yang lebih baik serta mengamalkan sistem demokrasi yang lebih teguh.

Beliau berkata pembentangan dua rang undang-undang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada persidangan Dewan Rakyat hari ini menunjukkan kerajaan benar-benar serius dalam melaksanakan transformasi negara.

"Hari ini cukup bersejarah. Apa yang diumumkan dahulu telah pun ditetapkan dalam agenda Parlimen hari ini dan saya percaya banyak lagi akan diumumkan pada masa akan datang.

"Ini untuk membuktikan bahawa transformasi yang bermula dengan tranformasi kerajaan, tranformasi ekonomi dan kini transformasi politik pula," katanya.

Pada persidangan hari ini Najib membentangkan Rang Undang-Undang Kediaman Terhad (Pemansuhan) 2011 dan Rang Undang-Undang Buang Negeri (Pemansuhan) 2011 untuk bacaan kali pertama.

Dalam perutusan sempena Hari Malaysia pertengahan bulan lepas, Najib mengumumkan pemansuhan ISA dan Akta Buang Negeri 1959 selain memansuhkan beberapa enakmen termasuk Ordinan Darurat dan Akta Kediaman Terhad 1933.

- Bernama
 
klo jumpa najib dgn ular ,katok kepala najib ni dulu..ckp berbelit mengalahkan ular..
 
ler.. buang karan tul
 
hakhakhak....
taun bila la plak nk lksnkan 2 akta laen uh??
x trbtal la ISA mcm nie..
 
Skrg ni agaknya Najib pakai style baru. Umum hari ni, buat tahun depan. :)) :)) Skrg ISA masih terpakai. patut la tahanan ISA masih dok dalam tu lagi. Takdak apa2 perubahan pun. Sama je. Silap2 lepas mansuh ISA nanti, 2 akta baru ni mengikat tahanan plak dari keluar. Punggah!!!

2x5=5x2. sama je. kah3 :)) 1Malaysia kena tipu.
 
Skrg ni agaknya Najib pakai style baru. Umum hari ni, buat tahun depan. :)) :)) Skrg ISA masih terpakai. patut la tahanan ISA masih dok dalam tu lagi. Takdak apa2 perubahan pun. Sama je. Silap2 lepas mansuh ISA nanti, 2 akta baru ni mengikat tahanan plak dari keluar. Punggah!!!

2x5=5x2. sama je. kah3 :)) 1Malaysia kena tipu.

kata dah lama cadang dah sejak 2009 lagi...
kahkahkah

nanti jib cakap balik...dah lama cadang dah sejak 2011 lagi...auta dan terus auta makcik2 felda...kahkahkah
 
jgn bimbang abg jib masih rendah berbanding negara jiran ni . . :D :D
 
Back
Top
Log in Register