BTC USD 27,713.9 Gold USD 1,978.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

IS jual minyak mentah bernilai AS$2 juta sehari

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
du_01.1.jpg


ASAP tebal dan api kelihatan selepas serangan udara yang dilancarkan oleh tentera pakatan AS di bandar Kobani, Syria kelmarin.

WASHINGTON – Kumpulan militan Negara Islam (IS) menghasilkan minyak mentah yang bernilai kira-kira AS$2 juta (RM6.52 juta) sehari di Iraq dan Syria sebelum serangan udara dilancarkan oleh tentera pakatan yang diketuai Amerika Syarikat (AS).

Sebuah syarikat kajian ekonomi, IHS semalam memberitahu bahawa jumlah itu kemungkinan dua kali ganda lebih tinggi daripada jumlah yang dibentangkan kepada Kongres AS pada bulan lalu.

“Kumpulan ini menguasai kemudahan pengeluaran minyak yang mampu mengeluarkan sehingga 350,000 tong minyak mentah sehari tetapi mereka hanya mampu menghasilkan kira-kira 50,000 hingga 60,000 tong sehari,” kata firma itu yang menyediakan maklumat ekonomi dan pasaran global.

“Pengeluaran yang rendah ini berpunca daripada peperangan yang masih berlaku dan kekurangan kemahiran teknikal untuk menguruskan telaga-telaga minyak yang ditawan mereka,” tambah firma berkenaan.

AS dan beberapa negara termasuk negara Arab pada September lalu melancarkan serangan udara yang disasarkan terhadap beberapa kemudahan penapisan minyak yang ditawan IS di timur Syria bagi menghentikan sumber kewangan utama kumpulan berkenaan. – Reuters
 
Sponsored Post

kasturi

Legendary Member
gem
Messages
13,525
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,279
Points
196
kesian...sama mcm malaya kena jajah dulu....habih hasil sumber asli kena rompak...rakyat sendiri menderita....:(

16hb Oktober
Perkembangan yang sangat mendukacitakan. Program makanan sedunia dari PBB mengeluarkan keputusan untuk memberhentikan memberi bantuan kemanusiaan kepada 80 ribu pelarian Syria yang berada di Jordan. Alasan Program makanan sedunia ini adalah kerana kewangan pertubuhan itu tidak mencukup untuk menanggung jumlah pelarian yang besar itu.

1964982_697662833653891_4334478801876473553_n.jpg



21/10/2014
Sebuah video pendek yang memaparkan kepayahan, kesusahan dan kesengsaraan pelarian Syria di kem-kem pelarian yang terletak di utara Syria berhampiran sempadan Syria / Turki.

Lihatlah anak kecil ini yang berusaha keras untuk membuang air lumpur dari membanjiri khemahnya. Tidak terlintas dan terbayang di akal fikiran bagaimana akan mereka tempuhi musim sejuk yang bakal tiba dalam masa terdekat ini. Dengan hanya mempunyai khemah nipis sebagai tempat perlindungan..

Tambahan, bukan ini yang sepatutnya dilakukan oleh anak sekecil ini. Tanggungjawab ini terlalu besar untuk digalas oleh mereka. Mereka sepatutnya sekarang ini berada di bangku sekolah untuk menuntut ilmu.
https://www.facebook.com/video.php?v=598027900309370&set=vb.579624922149668&type=2&theater

10670130_699922443427930_3090087400079638100_n.jpg
 

kasturi

Legendary Member
gem
Messages
13,525
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,279
Points
196
depa kena lari ke IS nampaknya

itu yg aku pelik tu.....kenapa rakyat syria xlari ke iraq....xkan takut dgn isis :-? semua pakat berduyun2 lari ke turki, jordan dan lubnan. sampai erdogan terpaksa buat muka tebal mintak bantuan antarabangsa sbb ramai sgt pelarian.

ini bukan soal sokong atau anti isis...tapi ni soal kemanusiaan terhadap kanak2 dan perempuan. hrp khalifah(?) abu bakr al bagha masih mempunyai sifat kemanusiaan dgn beri bantuan yg sewajarnya pd rakyat syria yg berada di negara2 tersebut.

ini pula kem pelarian rakyat syria di jordan. Kem pelarian Azza'tari ini adalah kem pelarian Syria kedua terbesar di dunia. jelas keadaan uzur kem tersebut yang terletak di tengah-tengah padang pasir. gambar tarikh 15/10/2014

10151430_696861620400679_8675152143487881193_n.jpg
 
Sponsored Post

Top
Log in Register