IRC Dalam Siasatan Akhir SSM

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Rantaian peruncitan kafe, Island Red Cafe (Franchise) Sdn Bhd (IRC) yang didakwa menipu orang ramai, kini dalam siasatan peringkat akhir oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata siasatan kementerian adalah terhad kerana IRC tidak pernah berdaftar dengan kementerian itu mengikut Akta Jualan Langsung mahupun mengikut Akta Francais, kecuali dengan SSM.

IRC, katanya bukanlah sebuah syarikat jualan langsung yang berdaftar di bawah kementerian itu tetapi merupakan sebuah syarikat pelaburan yang berteraskan skim berkepentingan.

Syarikat yang ingin menawarkan skim berkepentingan kepada orang ramai perlu mendaftarkan skim tersebut dengan SSM.

"Jadi SSM menyiasat syarikat ini mengikut SSM, dan dari segi pengambilan deposit, saya difahamkan Bank Negara juga ada menjalankan siasatan terhadap mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan identiti korporat baharu bahagian minuman ringan Fraser & Neave Holdings Bhd.

Syarikat itu yang telah memulakan operasinya pada tahun 2007, juga dikatakan menjalankan perniagaan francais dengan mengutip Fi Francais yang juga melanggar Seksyen 6 dan Seksyen 37 Akta Francais 1998.

"Sebab itu kita serahkan kes ini kepada SSM. Siasatan dilakukan secara menyeluruh, berapa deposit yang diambil.

"...Dan saya dah cakap dari segi pengambilan deposit, setiap pengambilan mesti mendapat kelulusan daripada BNM dan mereka tidak ada kelulusan itu," katanya.

Sehubungan itu, katanya Bank Negara berhak membekukan semua asset yang dimiliki IRC.

-- BERNAMA
 
Sponsored Post

c(*-*)o

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Oct 17, 2009
Messages
616
Reaction score
44
Points
20
oh irc ni mmg la inverstment.
 

drzairie

Active Member
Joined
Dec 18, 2007
Messages
2,097
Reaction score
9
Points
30
kuala lumpur, 7 jan (bernama) -- rantaian peruncitan kafe, island red cafe (franchise) sdn bhd (irc) yang didakwa menipu orang ramai, kini dalam siasatan peringkat akhir oleh suruhanjaya syarikat malaysia (ssm), kata menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan (kpdnkk), datuk seri ismail sabri yaakob.

Beliau berkata siasatan kementerian adalah terhad kerana irc tidak pernah berdaftar dengan kementerian itu mengikut akta jualan langsung mahupun mengikut akta francais, kecuali dengan ssm.

Irc, katanya bukanlah sebuah syarikat jualan langsung yang berdaftar di bawah kementerian itu tetapi merupakan sebuah syarikat pelaburan yang berteraskan skim berkepentingan.

Syarikat yang ingin menawarkan skim berkepentingan kepada orang ramai perlu mendaftarkan skim tersebut dengan ssm.

"jadi ssm menyiasat syarikat ini mengikut ssm, dan dari segi pengambilan deposit, saya difahamkan bank negara juga ada menjalankan siasatan terhadap mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan identiti korporat baharu bahagian minuman ringan fraser & neave holdings bhd.

Syarikat itu yang telah memulakan operasinya pada tahun 2007, juga dikatakan menjalankan perniagaan francais dengan mengutip fi francais yang juga melanggar seksyen 6 dan seksyen 37 akta francais 1998.

"sebab itu kita serahkan kes ini kepada ssm. Siasatan dilakukan secara menyeluruh, berapa deposit yang diambil.

"...dan saya dah cakap dari segi pengambilan deposit, setiap pengambilan mesti mendapat kelulusan daripada bnm dan mereka tidak ada kelulusan itu," katanya.

Sehubungan itu, katanya bank negara berhak membekukan semua asset yang dimiliki irc.

-- bernama
dengan terbungkusnyo irc ni mako makin ramailah orang melayu yang iyo2 ngajak orang lain masuk irc lingkup dan bungkus sam0...fikirlah masak2 sebolum membuat sebarang pelaburan..masih terngiang-ngiang dikepalo den..leader irc kato...sambil makan pun dapek duit..mano ado rugi..makan dapek duit dapek...skarang apo cerito..?
 

d-10

Active+ Member
Joined
May 28, 2008
Messages
2,686
Reaction score
6
Points
25
aku la tu yg terbungkus...
 

fms

CG Top Poster Club
Joined
Feb 10, 2007
Messages
20,448
Reaction score
304
Points
131
PGRC xde masalah..
 

c(*-*)o

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Oct 17, 2009
Messages
616
Reaction score
44
Points
20
tu la..mane otai irc..

mari bg penerangan sikit...
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,416
Reaction score
21,052
Points
1,671
simpati pada mereka yg nak kaya cepat..
 

fazlee84

Active Member
Joined
Mar 4, 2009
Messages
1,753
Reaction score
2
Points
25
jadi makan pun dapat masalah ... emmmm
 

anak_jatiperak

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2009
Messages
5,360
Reaction score
6
Points
65
Salam..bagi sesiapa yg dah join cepat2 da keluar....kalu x nyaa
 
Sponsored Post
Top
Log in Register