BTC USD 28,674.4 Gold USD 1,968.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Iraq sahkan IS bunuh 322 penduduk Sunnah.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,717
Points
191
BAGHDAD – Kerajaan Iraq kelmarin mengesahkan kumpulan militan Negara Islam (IS) telah membunuh seramai 322 penduduk daripada satu puak di wilayah barat Anbar sebelum mayat mangsa dibuang ke dalam sebuah telaga.

Seorang ketua puak Albu Nimr berkata, pembunuhan secara sistematik itu turut melibatkan berpuluh-puluh wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa dan berterusan sehingga kelmarin.

Kejadian pembunuhan beramai-ramai itu disifatkan sebagai yang paling kejam sejak kumpulan berkenaan melancarkan serangan bagi mewujudkan kerajaan Islam di Iraq dan Syria.

Puak Albu Nimr yang berfahaman Sunnah berjuang sejak beberapa minggu lalu bagi mempertahankan kampung Zauiyat Albu Nimr daripada ditawan IS tetapi mereka tewas selepas kekurangan bekalan senjata, makanan dan minyak pada minggu lalu.

“Jumlah mangsa daripada puak Albu Nimr yang dibunuh oleh IS adalah seramai 322 orang.

“Kami juga menjumpai kira-kira 50 mayat wanita dan kanak-kanak yang dibuang ke dalam sebuah perigi,” kata Kementerian Hak Asasi Iraq.

Seorang pemimpin puak berkenaan, Sheikh Naeem al-Ga’oud memberitahu bahawa mereka telah meminta bantuan kerajaan Iraq supaya membekalkan pejuangnya senjata tetapi tiada sebarang tindakan diambil.

Stesen televisyen di Iraq kelmarin melaporkan, Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi mengarahkan tentera udara menyerang beberapa kedudukan militan IS di bandar Hit sebagai tindak balas terhadap pembunuhan tersebut.

Bagaimanapun, beberapa pegawai kerajaan dan penduduk awam di bandar itu memberitahu bahawa mereka tidak mendengar atau melihat sebarang serangan udara dilancarkan. – Reuters

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1104&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm
 
Sponsored Post

G.Spicy

Super Active Member
Messages
5,850
Joined
Mar 19, 2011
Messages
5,850
Reaction score
57
Points
70
ntah2 syiah yg bunuh pastu tuding jari kat IS. berita dr reuters plak tu..

Apakata bro pergi Syria dan Iraq dan jadi wartawan disana pula.

Mau tau berita dari bro komfrom boleh dipercayai!, kalau dah hampir semua berita tak boleh dipercayai dikataknya propganda, walaupun news dri Russia, U.S, U.K, Arabs dan beberapa wartawan negara lain lagi.
 
Sponsored Post

Top
Log in Register