BTC USD 63,434.4 Gold USD 2,380.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

#IranProtests | Drought triggers anti-govt protests

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,370
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,557
Points
721
prot_1573899213.jpg

IRNA berkata, bantahan berselerak juga meletus di bandar lain termasuk Mashhad, Birjand, Ahvaz, Gachsaran, Abadan, Khoramshahr, Mahshahr, Shiraz dan Bandar Abbas. -Foto Agensi

TEHRAN: Bantahan rawak meletus di bandar seluruh Iran dengan seorang dilaporkan terbunuh di Sirjan, menurut agensi berita separa rasmi ISNA hari ini, sehari selepas kerajaan mengumumkan keputusan mengejutkan untuk mencatu petrol dan menaikkan harganya.

Bantahan malam semalam ‘agak ganas’ di Sirjan, tengah Iran ketika penduduk menyerang gudang simpanan minyak di bandar itu dan cuba membakarnya, lapor agensi berita IRNA namun polis campur tangan untuk menghalangnya.

IRNA berkata, bantahan berselerak juga meletus di bandar lain termasuk Mashhad, Birjand, Ahvaz, Gachsaran, Abadan, Khoramshahr, Mahshahr, Shiraz dan Bandar Abbas.

Katanya, bantahan itu terhad dengan sekatan lalu lintas dan berakhir menjelang tengah malam.

Iran melaksanakan catuan petrol dan menaikkan harga minyak sekurang-kurangnya 50 peratus semalam, mengatakan tindakan itu menyasar membantu rakyat yang memerlukan bantuan tunai.

Langkah itu dijangka membawa pulangan 300 trilion rial (RM10.59 bilion) setahun, kata ketua Pertubuhan Perancangan dan Bajet Iran, Mohammad Bagher Nobakht di televisyen.

Katanya, kira-kira 60 juta rakyat Iran memerlukan pembayaran antara 550,000 rial (RM19.44) untuk pasangan suami isteri sehingga lebih dua juta rial (RM72.51) bagi keluarga dengan lima anggota keluarga atau lebih.

Mengikut skim itu, pemandu dengan kad minyak akan membayar 15,000 rial (RM0.54) seliter untuk 60 liter pertama petrol dibeli setiap bulan dengan tambahan setiap liter berharga 30,000 rial (RM1.08).

irgas_1573899216.jpg

Kenderaan beratur di stesen minyak selepas kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol di Iran semalam. -Foto Reuters

Kad minyak kali pertama diperkenalkan pada 2007 bertujuan membentuk sistem subsidi serta membendung penyeludupan skala besar.

Ekonomi Iran terjejas sejak Mei tahun lalu apabila Presiden Donald Trump mengundurkan Amerika Syarikat (AS) keluar dari perjanjian nuklear 2015 dan melaksanakan semula sekatan melumpuhkan.

Mata wang rial merudum nilainya berbanding dolar AS dengan inflasi kini mencatat lebih 40 peratus.

Presiden Hassan Rouhani berkata hari ini, 75 peratus negara itu kini menerima tekanan dan tambahan hasil disalurkan kepada mereka dan bukan perbendaharaan.

Rouhani cuba menaikkan harga petrol Disember lalu namun disekat Parlimen susulan bantahan yang menggegarkan selama beberapa hari. -AFP

 
Last edited:
Sponsored Post

Benda x boleh elak. The unavoidable.

Nak tak nak, subsidi memang x boleh berterusan diberi. Tapi kena la push utk renewable energy. Cuma kebijakan kerajaan kena ada utk kawal kenaikan harga barang2 lain akibat kenaikan harga minyak.

Kecuali rafizi je la ada formula rahsia utk turunkan harga minyak. IQ 4000.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register