BTC USD 41,977.6 Gold USD 1,774.51
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Iran rancang tingkatkan import minyak sawit dari Malaysia

notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
9,358
Reaction score
779
Points
126
Iran rancang tingkatkan import minyak sawit dari Malaysia

Iran rancang tingkat import minyak sawit dari Malaysia sehingga mencecah satu juta tan dan ke atas setiap tahun. -Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Iran merancang untuk meningkatkan import minyak sawit dari Malaysia sehingga mencecah satu juta tan dan ke atas setiap tahun dalam usahanya memenuhi permintaan yang dijangkakan semakin bertambah dalam beberapa tahun akan datang.

Kedutaan Iran menjelaskan usaha ini memerlukan kerjasama dan penyelarasan lebih baik daripada kementerian berkaitan, syarikat berkaitan kerajaan serta agensi bagi memperkukuh lagi hubungan dua hala ke arah manfaat bersama.

"Mengikut data terkini, Iran berada di kedudukan teratas dalam senarai jumlah import minyak sawit Malaysia tahun ini dalam kalangan 10 negara Timur Tengah.

"Perangkaan (berdasarkan gambaran keseluruhan eksport minyak sawit Malaysia ke Timur Tengah tahun ke tahun) menunjukkan Iran mengimport sebanyak 309,704 tan minyak sawit bagi tempoh Januari hingga Mei 2021, menyaksikan lonjakan hampir lima kali ganda daripada 63,039 tan yang dicatatkan semasa tempoh yang sama 2020," menurutnya dalam kenyataan pada Khamis.

Kedutaan itu menjelaskan Iran bersedia menjadi hab Malaysia bagi pengedaran minyak sawit dan produk berasaskan sawit ke pasaran yang menguntungkan di negara Asia Barat dan Asia Tengah yang bersempadan dengannya.

"Bagi merancakkan lagi industri dan mempertingkatkan kembali aktiviti perdagangan dua hala, Iran akan terus meningkatkan import minyak sawit memandangkan kami sedang mengorak laluan kepada pemulihan ekonomi selepas terjejas akibat pandemik," menurutnya.
Iran dan Malaysia mencatatkan pertumbuhan ketara bagi tempoh 2016 hingga 2018 susulan Perjanjian Nuklear Iran pada 2015, dan nilai perdagangan dua hala antara kedua-dua negara meningkat daripada RM2.82 bilion pada 2016 kepada RM4.52 bilion pada 2017.

 
Sponsored Post

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
8,801
Reaction score
861
Points
121
Mesti lagi mengancam gadis-gadis iran nanti, kulit putih mulus gitu bila hari-hari minum minyak sawit.
 

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
15,085
Reaction score
2,377
Points
201
Jgn us campur tangan dh la, buat sekatan ekonomi lg
 

notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
9,358
Reaction score
779
Points
126
Malaysia, Iran teroka tingkat eksport sawit

iran_1626579119.jpg
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK), Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (kiri) mengadakan pertemuan dengan Pengerusi dan Pengarah Urusan Perbadanan Perdagangan Kerajaan Iran (GTC), Yazdan Seif di Istanbul, Turki pada 10 Julai lalu.

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Iran bersetuju untuk meneroka usaha meningkatkan eksport sawit negara ke republik berkenaan.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK), Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata kementerian mengambil maklum mengenai hasrat Iran untuk meningkatkan import minyak sawit Malaysia sehingga 1 juta tan setiap tahun.

Katanya, semasa pertemuan beliau dengan delegasi Iran yang diketuai Pengerusi dan Pengarah Urusan Perbadanan Perdagangan Kerajaan Iran (GTC), Yazdan Seif di Istanbul, Turki pada 10 Julai lalu.

"Kedua-dua negara bersetuju untuk meneroka memorandum persefahaman (MOU) bagi tujuan meningkatkan eksport sawit Malaysia ke Iran tidak lama lagi.

DISYORKAN UNTUK ANDA
Strategi subsidi kurangkan impak negatif pada harga minyak masak
Import daripada India perkukuh harga minyak sawit

Malaysia teruskan usaha perkukuh dagangan sawit dengan India
"Pada pertemuan itu, Yazdan yang juga Timbalan Menteri Perindustrian, Perlombongan dan Perdagangan Iran menyatakan kepentingan minyak sawit dalam memenuhi penggunaan minyak dan lelemak negara berkenaan yang kini mencapai sejumlah 2.2 juta tan setiap tahun.

"Beliau turut memaklumkan hasrat Iran untuk meningkatkan import minyak sawit Malaysia. Malaysia menguasai 78 peratus pasaran minyak dan lelemak di Iran sepanjang tahun 2020," katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Khairuddin berkata, pada tahun lalu, Iran mengimport minyak sawit Malaysia sebanyak 315,699 tan bernilai RM895 juta.

Bagaimanapun katanya, jumlah eksport minyak sawit negara ke Iran meningkat lebih 400 peratus bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini, iaitu sebanyak 238,683 tan bernilai RM970 juta berbanding 50,889 tan bernilai RM131.5 juta dalam tempoh sama tahun 2020.

"Kerajaan Iran memaklumkan bahawa kapasiti penapisan minyak sawit negara itu kini meningkat dua kali ganda manakala industri pembungkusan mencatatkan pertumbuhan yang sangat memberangsangkan ketika ini.

"Malaysia perlu menggunakan peluang ini untuk menjadikan Iran sebagai hab pengeksport semula ke negara-negara rantau itu yang dianggarkan mencecah penggunaannya sehingga 5.5 juta tan minyak dan lelemak setahun," katanya.

Tambahnya, Iran kini berhadapan dengan sekatan ekonomi, namun dibenarkan untuk meneruskan aktiviti perdagangan dengan negara-negara terpilih.

"Misi utama GTC ialah untuk membekalkan bahan makanan kepada rakyat negara berkenaan.

"KPPK berharap MOU berkenaan dapat dimeterai antara kedua-dua negara melalui agensi yang berkaitan dalam usaha meningkatkan jumlah eksport minyak sawit Malaysia.

"Di samping dapat memainkan peranan utama membantu rakyat negara itu memperoleh bekalan makanan dalam situasi sukar pandemik COVID-19 dan sekatan ekonomi," katanya.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register