Iran jemput Najib hadir majlis angkat sumpah PM baharu - Bernama

CG Sponsors




abahmu

Legendary Member
Joined
Feb 21, 2007
Messages
17,951
Reaction score
124
Points
123
Bahasa
Iran jemput Najib hadir majlis angkat sumpah PM baharu - Bernama

July 23, 2013
Latest Update: July 24, 2013 12:08 am

Iran menjemput secara rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (gambar) untuk menghadiri upacara angkat sumpah Presiden Iran yang baharu, Hassan Rouhani di Parlimen Iran.

Jemputan itu diserahkan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, hari ini, ketika kunjungan hormat Duta Iran ke Malaysia, Jalal Firouznia di pejabatnya di Putrajaya.

Turut hadir mengiringi Jalal ialah Utusan Khas Kementerian Luar Iran, Syed Rasoul Muhajar.

Ahmad Zahid berkata, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman akan mewakili Perdana Menteri bagi menghadiri upacara itu.

"Delegasi Iran ini menghantar surat jemputan rasmi kepada Perdana Menteri untuk menghadiri upacara angkat sumpah Presiden Iran yang baharu, Hassan Rouhani di Parlimen Iran. Tarikh upacara berkenaan akan ditentukan kerajaan Iran kelak," katanya.

Ahmad Zahid dalam sidang media selepas pertemuan itu berkata, mereka membincangkan mengenai isu jenayah merentas sempadan, penyeludupan dadah, pemerdagangan orang dan kebajikan warga Iran yang ditahan di penjara di Malaysia dan juga pertukaran banduan warga Iran di Malaysia dan juga warga Malaysia di Iran.

"Delegasi Iran ini juga membincangkan mengenai kebajikan pelajarnya di Malaysia yang berjumlah 17,000 termasuk anggota keluarga mereka yang menetap di Malaysia untuk menemani mereka dengan jumlah kira-kira 38,000 orang," katanya.

Sementara itu, Syed Rasoul berkata mereka juga membincangkan cara untuk memudahkan pemeriksaan Imigresen, proses pelawat asing bagi kedua buah negara dan menyelesaikan permasalahan berkaitan prosedur.

"Selain berbincang mengenai kebajikan sosial rakyat Iran di Malaysia dan isu Imigresen, kita juga bersetuju mengadakan perjanjian pertukaran banduan daripada kedua-dua negara yang akan dimuktamadkan nanti," katanya.

Syed Rasoul berkata, beliau yakin kedua-dua negara akan terus menjalin hubungan dalam pertukaran kebudayaan dan pelbagai sektor pada masa depan. - Bernama, 23 Julai, 2013.
 
Top
Log in Register