Iran & India Bincang Sekatan Washington, Luar Negara

Recommended Brokers


Xploit Machine

Super Active Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
9,526
Reaction score
2,034
Points
176
15.05.2019 - New Delhi, Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif akan mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatannya di sini, hari ini, selepas India menghentikan pembelian minyak dari negara itu bulan ini, susulan sekatan oleh Amerika Syarikat.

India adalah pelanggan utama minyak Iran, selepas China tetapi New Delhi menghentikan import selepas Washington melaksanakan semula sekatan ke atas Iran.

Namun, Washington memberi pengecualian kepada lapan negara, termasuk India, sekali gus membolehkan mereka mengimport kembali minyak dari Iran.

India adalah salah satu rakan kongsi ekonomi, politik dan serantau paling penting bagi Iran.

Kami sering mengadakan perbincangan dengan India menyentuh pelbagai isu dan kehadiran saya di sini, adalah bagi berunding mengenai perkembangan terbaharu di rantau ini, selain membincangkan pelbagai isu dua hala, kata Zarif kepada rakan kongsi Reuters, ANI semalam, sebelum bertemu Menteri Luar India, Sushma Swaraj.

Washington berusaha menghalang eksport minyak Iran selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump cuba menarik diri dari perjanjian yang ditandatangani Tehran dengan enam kuasa dunia pada 2015, bagi menyekat program nuklear Iran.



Berita asal https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2019/05/563760/menteri-luar-iran-india-bincang-sekatan-washington
 
Top
Log in Register