Iran: Apa pendapat geng2 PR?

CG Sponsors

akulag

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Jul 4, 2008
Messages
402
Reaction score
5
Points
15
Iran mahu penunjuk perasaan dikena hukuman keras

TEHERAN 29 Dis. - Parlimen Iran hari ini mahu hukuman maksimum dikenakan ke atas penyokong pembangkang yang mengadakan tunjuk perasaan, ketika rejim itu meningkatkan tindakan keras ke atas penentang kerajaan.

Media melaporkan, Iran telah menahan Dr. Nooshin Ebadi, kakak kepada pemenang Hadiah Nobel, Shirin Ebadi dan juga wartawan serta aktivis, selepas lapan orang terbunuh dalam protes yang tercetus semasa sambutan Hari Asyura di Teheran pada Ahad lalu.

"Parlimen mahu badan kehakiman dan perisikan menahan mereka yang menghina agama dan mengenakan hukuman maksimum tanpa belas kasihan," demikian menurut kenyataan yang dibacakan oleh Speaker Parlimen, Ali Larijani di kaca televisyen.

Parlimen yang didominasi golongan konservatif mengutuk 'ulasan jelik' daripada kerajaan Barat tentang ketegangan yang berlaku Ahad lalu, selepas republik Islam ini dikritik kerana tindakan kerasnya ke atas penunjuk perasaan.

Anak saudara ketua pembangkang, Mir Hossein Mousavi turut ditembak mati dalam demonstrasi tersebut.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama semalam mendesak Iran membebaskan penunjuk perasaan yang ditahan dan memberitahu pembangkang bahawa sejarah kini memihak kepada mereka.

Anggota Parlimen mengutuk Obama dan menyifatkan 'kenyataan beliau memihak kumpulan antiagama pada hari Asyura' dan serupa dengan tindakan bekas Presiden AS, George W. Bush.

Iran telah menahan beberapa tokoh pembangkang, aktivis politik dan wartawan semalam dan Ebadi hari ini menyatakan ejen perisikan telah menangkap kakaknya.

"Kakak saya, Dr. Nooshin telah ditahan pada pukul 9 malam tadi (pukul 12.30 malam waktu Malaysia) oleh empat ejen perisikan di rumahnya dan dihantar ke penjara.

"Saya tidak tahu tempat dia ditahan atau punca penahanannya," kata Ebadi dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam laman web pembangkang, Rahesabz.

Ebadi yang meninggalkan Iran sehari sebelum pilihan raya pada 12 Jun lalu, mendesak masyarakat antarabangsa supaya bertindak atas apa yang disifatkannya sebagai pelanggaran hak asasi manusia oleh republik ini sejak pilihan raya Presiden Iran berakhir.

Sementara itu, laman web sama melaporkan bahawa salah seorang pemimpin pembangkang dan calon Presiden yang tewas, Mehdi Karroubi telah diserang semasa meninggalkan sebuah masjid di timur Teheran. - AFP

Selama ni ramai geng2 PR jadikan Iran sebagai contoh...so bab ni boleh tak jadikan sebagai contoh gak?

yang saya boldkan tu pulak, rasa2nya ada pernah jadi kat Malaysia gak ker?

Sajer nak tahu pendapat geng2 PR berkenaan perkara ni...:)cgrock
 
Sponsored Post

kozu

Legendary Member
Joined
Apr 12, 2007
Messages
11,036
Reaction score
228
Points
133
Malaysia kenelah jadi negara Islam dulu..br boleh bg komen..

Pendapat lain :

Amerika takutkan Nuklear n Islam kat Iran takut akan tersebar dan mempengaruhi negara Islam lain. Sebab sekutu kuatnya Israel bimbang
ancaman nuklear n peluru berpandu. Jadi Amerika mesti jatuhkan kerajaan
Iran ini dengan cara melancarkan provokasi. Semua tahu dalang bagi
kekecohan kat iran disebabkan amerika dan israel.
 
saxxon

Active+ Member
Joined
Feb 17, 2008
Messages
3,975
Reaction score
44
Points
35
Sebelum sebarang komen dibuat mengenai isu ini ...kefahaman dan maklumat yg jelas dan tepat perlulah diperolehi terlebih dahulu tentang apa yg sebenarnya belaku di Republik Islam Iran ini... tidak boleh berdasarkan maklumat daripada media barat yang kebanyakanya dikuasai oleh golongan anti Islam dan zionist ni.. Pihak Amerika dan talibarut nye akan menggunakan media untuk propagate dakyah2 berkaitan Iran ini .. umum tahu yang amerika telah lama cuba nak tumbangkan Kerajaan Islam Iran..samada menerusi kaedah luaran ...dengan menwar2kan Iran adalah satu ancaman kepada dunia ( yg sebenarnya ancaman kepada pihak2 amerika , zionists dan talibarut mereka )dan menganjurkan keganasan ... dan kaedah dalaman dengan instigate puak2 yang sehaluan dengan nye supaya mengadakan bantahan, demonstrasi terhadap kerajaan yang sah atas nama freedom .. my opinion .. dapatkanlah info yang tepat dan jangan terpedaya dengah dakyah barat ni..
 
srikandi_syahid

Active Member
Joined
Oct 22, 2009
Messages
1,052
Reaction score
6
Points
25
Republik Islam Iran....
[email protected] pd sbuah negara Islam hukumnya Hudud(dbunuh)...
pepun pembangkang dsana & dcni berbeza...dcne mreka dpengaruhi provokasi rpelobi yahudi sdgkn dcni kita mnentang kzaliman kerajaan sekular...
 
mojotudam

Active Member
Joined
Sep 3, 2008
Messages
1,160
Reaction score
0
Points
20
tapi tengok depa ni sambut hari asyura macam pelik pulak. siap sebat2 badan la. konpius aku
 
AkuMamak

Active Member
Joined
Nov 9, 2008
Messages
1,448
Reaction score
794
Points
71
tapi tengok depa ni sambut hari asyura macam pelik pulak. siap sebat2 badan la. konpius aku
tah la :-?..tapi menurut Ustaz aku dulu..dlm mazhab syiah ni ada segelintir yg terpesong .. ada pecahan dalam mazhab tu sendiri ..
 
akulag

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Jul 4, 2008
Messages
402
Reaction score
5
Points
15
apa perbezaan antara Iran dgn Malaysia?

yang saya nampak sama...

1. kedua2 nya negara islam...bukan senang che det nak declare dulu, sebab banyak implikasi...tapi dia declare jugak...AND diiktiraf oleh negara islam lain...bukan setakat masuk bakul angkat sendiri...

2. pembangkang sana sama macam pembangkang sini masa 1998 dulu...bukan ada rusuhan dan amerika sokong gak ker?

3. Media2 yahudi digunakan utk menyokong kerajaan Malaysia/Iran atau pembangkang2 di negara masing2 yer?:-?:-?:-?

3. kita kata, kita menentang kezaliman...pembangkang sana pun maybe cakap benda serupa jugak kan? jadi setuju tak kalau nak dikenakan hukuman hudud pada perusuh2 kat sini?

or, maybe SB sana yang provoke lebey2 kot, macam alasan perusuh2 sini?:eek::eek::eek:
 
Last edited:

Saif_azlam

Active Member
Joined
Apr 27, 2008
Messages
1,026
Reaction score
3

ko kaji dlu apa punca penyokong kat cne mrusuh dan punca penyokong cni plak...
ko nampak la beza nya nanti!
 
MoshedFX

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Nov 15, 2007
Messages
8,374
Reaction score
89
Points
70
apa perbezaan antara Iran dgn Malaysia?

yang saya nampak sama...

1. kedua2 nya negara islam...bukan senang che det nak declare dulu, sebab banyak implikasi...tapi dia declare jugak...AND diiktiraf oleh negara islam lain...bukan setakat masuk bakul angkat sendiri...

2. pembangkang sana sama macam pembangkang sini masa 1998 dulu...bukan ada rusuhan dan amerika sokong gak ker?

3. Media2 yahudi digunakan utk menyokong kerajaan Malaysia/Iran atau pembangkang2 di negara masing2 yer?:-?:-?:-?

3. kita kata, kita menentang kezaliman...pembangkang sana pun maybe cakap benda serupa jugak kan? jadi setuju tak kalau nak dikenakan hukuman hudud pada perusuh2 kat sini?

or, maybe SB sana yang provoke lebey2 kot, macam alasan perusuh2 sini?:eek::eek::eek:

ko ckp pasal persamaan ke perbezaan?

yang paling jelas nyata PERBEZAAN..... Mahmoud Ahmad Dinejad presiden Iran dan PM MALAYSIA...so, takyah la banding2 Iran dan Mesia...

buat lawak jer posting camtu...wakakakka :eek::eek::p:">
 
akulag

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Jul 4, 2008
Messages
402
Reaction score
5
Points
15
ko kaji dlu apa punca penyokong kat cne mrusuh dan punca penyokong cni plak...
ko nampak la beza nya nanti!
tu sebab saya bukak thread ni bro...maybe bro ada info menarik utk kita bincang...saya ni tgh bz study T101 punya method trading...:eek::eek::eek:

cuma berminat dalam perkara ni sebab nampak persamaan kes antara kat Iran tu ngan kat Malaysia... Tu yang ingatkan lepas study tu boleh la tgk2 sini... :)

Sekarang saya tak nampak bezanya...boleh bro tolong tunjukkan?

yang paling jelas nyata PERBEZAAN..... Mahmoud Ahmad Dinejad presiden Iran dan PM MALAYSIA...so, takyah la banding2 Iran dan Mesia...
adeh...mmg ler berbeza, sebab dia Presiden Iran...mana boleh jadik PM malaysia...ekekeke

kenapa takleh banding2 Iran ngan Malaysia? Boleh terangkan lagi tak?
 
Last edited:
Sponsored Post
Top
Log in Register