BTC USD 63,314.0 Gold USD 4,343.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Iqram Dinzly tukar nama

Jering

Fun Poster
Messages
993
Joined
Mar 14, 2019
Messages
993
Reaction score
184
Points
23
"Iqram Dinzly Sudah Mati" - Iqram Kini Dikenali Sebagai Iqram Al Muhammadi Dinzly

BY ASRAF AIDED

iqram-newbefunky-collage.jpg


Pelakon yang sebelum ini dikenali sebagai Iqram Dinzly mendedahkan nama terbarunya iaitu Iqram Al Muhammadi Dinzly.

Menurut Iqram, dia mempunyai misi tertentu di sebalik nama barunya itu.

"Saya mahu dikenali sebagai Iqram Al Muhammadi Dinzly kerana saya mahu kongsi ilmu Islam kepada orang ramai terutamanya anak-anak muda.

"Golongan muda masa kini sememangnya bijak dan cepat mendapat informasi, namun saya juga difahamkan, ramai juga antara mereka yang terpesong dan sesat.

"Tidak mengapa jika sesat, tapi jangan sampai sesat barat, jangan sampai begitu," katanya kepada Gempak.


Iqram berkata demikian ketika ditemui selepas program Currhat di studio rakaman Astro malam tadi.

Tambah Iqram, dirinya kini juga amat berbeza dan mengutamakan kesederhanaan.

"Iqram Dinzly dahulu sukakan banyak benda baru, pakai barang baru, tapi diri saya sekarang cukuplah ala kadar sahaja," jelasnya.

 
so skrg ni dia jd mayat bergerak la kan..... kalau dh mati, kenapa tak kebumikan je elok-elok
 
"Saya mahu dikenali sebagai Iqram Al Muhammadi Dinzly kerana saya mahu kongsi ilmu Islam kepada orang ramai terutamanya anak-anak muda"


guna nama lama tak boleh kongsi ilmu islam ke?
 
Back
Top
Log in Register