akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 54,606
Top Poster #1
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 54,606
- Reaction score
- 6,473
- Points
- 881
- Awards
- 1
IPT diminta tawar program ‘seksi’ di mata majikan – MQA
Wartawan MalaysiaGazette
9 September 2024
Prof. Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran.
SEPANG: Institusi pendidikan tinggi (IPT) tempatan disaran menawarkan program yang ‘seksi’ bagi menghasilkan graduan yang menjadi kegilaan majikan dan industri.
Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Prof. Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, perubahan teknologi berlaku dengan sangat pantas, justeru IPT perlu peka dengan situasi itu dengan menawarkan sesuatu yang paling menarik untuk pelajar dan industri.
Katanya, graduan yang dihasilkan pula sentiasa dinantikan atau menjadi dambaan majikan.
“IPT perlu agresif, kreatif dan proaktif dalam penawaran program dengan membuat kajian pasaran terkini secara berkala terutama dalam bidang yang banyak memerlukan tenaga kerja tempatan dan global.
“Di MQA, kita sentiasa menggalakkan penawaran program baharu daripada IPT, selain membenarkan pelarasan dengan tujuan penambahbaikan dilakukan terhadap program sedia ada sehingga 30 peratus.
“Sekiranya fleksibiliti yang diberikan MQA ini (pelarasan 30 peratus) dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh IPT, pastinya program yang ditawarkan sentiasa menjadi idaman dan kelihatan ‘seksi’ di kaca mata majikan dan graduannya menjadi buruan mereka,” katanya.
Mengulas lanjut, Mohammad Shatar berkata, jangkaan majikan dan kehendak pasaran kerja berubah hampir setiap tahun, malah bulan dalam sesetengah industri.
Katanya, kehendak majikan sudah berubah berbanding 10 hingga 15 tahun lalu, contohnya hari ini sambutan terhadap program kemahiran teknikal sangat signifikan dan kritikal.
“Selain itu, penawaran lain yang tidak kurang menariknya ialah program pembelajaran berasaskan kerja atau ‘work-based learning’ (WBL) sama ada secara separa, komprehensif atau pun program yang bersifat ‘apprentice’.
“WBL sedia ada memastikan pelajar mendapatkan pembelajaran, latihan secukupnya daripada industri yang terbabit sekitar 60 peratus daripada keseluruhan masa mereka, manakala 40 peratus lagi boleh dihabiskan di kuliah,” katanya.
Mohammad Shatar berkata, pihaknya tidak mahu IPT hanya menawarkan program kerana mereka mengikuti penawaran program konvensional, walhal program itu tidak lagi diperlukan majikan dan industri.
“Kita tidak mahu budaya ini diteruskan kerana akan berlakunya pembaziran dan bukan hanya membabitkan implikasi kewangan, malah sumber manusia yang digunakan untuk melaksanakan program berkenaan, namun tetap tidak mendapat sambutan di pasaran kerja.
“Tindakan ini juga akan membantutkan hasrat hasrat Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir yang mahu menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan global, justeru ia perlu dielakkan kerana bakat di IPT perlu diurus secara optimum,” katanya. – MalaysiaGazette