BTC USD 63,264.0 Gold USD 4,330.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

iPhone lebih serasi dengan kereta

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
SAN FRANCISCO: Apple kini sedang menjalin kerjasama dengan pengeluar kereta utama dunia bagi menjadikan aplikasi iPhone mudah digunakan pemandu ketika mereka berada di atas jalan raya.

Sistem itu yang diumumkan hari ini membolehkan iPhone digunakan dalam kereta bagi membolehkan pemandu mencari peta, menjawab panggilan dan memainkan muzik dengan arahan suara atau sentuhan di papan pemuka kenderaan mereka.


Apple Inc. menggelarkan teknologi itu sebagai “CarPlay.” Ia diubah daripada nama asalnya, “iOS in the Car,” yang diberikan Jun lalu ketika Apple mengumumkan rancangannya untuk menjadikan sistem operasi telefon bimbit lebih serasi dengan kenderaan.

Ferrari, Mercedes-Benz dan Volvo sedang menilai CarPlay minggu ini di Pameran Automobil di Geneva manakala pengeluar kereta lain turut merancang menggunakan CarPlay.

CarPlay memerlukan perisian terkini Apple iaitu iOS 7 dan iPhone 5, 5C atau 5S. - AP
 
ok android lak follow
 
Back
Top
Log in Register