BTC USD 19,264.8 Gold USD 1,667.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

(News) IPhone 15 Pro & iPhone 15 Pro Max Mungkin Berbeza Spesifikasi Nanti

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,554
Joined
Nov 23, 2012
Messages
35,554
Reaction score
4,607
Points
296
Awards
1
Siri iPhone 14 sudah pun dilancarkan beberapa hari lepas. iPhone 14 dan iPhone 14 Plus adalah model asas dengan masih menggunakan cip A15 Bionic (versi GPU tambahan pada iPhone 13 Pro). Sementara iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max adalah versi paling mewah dengan kamera 48MP, skrin berlubang Dynamic Island, skrin lebih cerah dan dijana cip Apple A16 Bionic yang terkini.

Apple sejak iPhone 13 sudah mula mengasingkan antara model asas dan premium dengan menggunakan cip pemprosesan berlainan. Ini diteruskan dengan iPhone baharu, yang mana beza pada rekaan mula jelas kelihatan, beza pada kamera mungkin bukan satu kejutan, tetapi lain-lain?

Apple-iPhone-14-Skrin-02-950x534.jpeg.webp


Ming-Chi Kuo hari ini berkongsi yang iPhone 15, iPhone 15 Plus, iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max akan mempunyai perbezaan model yang lebih banyak. Apple dikatakan menggunakan teknik pengasingan sasaran pemasaran untuk meningkatkan lagi jualan. Tambahan beliau lagi, iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max pun nanti akan ada beza spesifikasi agar lebih ramai orang beli Pro Max yang serba lengkap dengan semua ciri dan fungsi baharu.

 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,554
Joined
Nov 23, 2012
Messages
35,554
Reaction score
4,607
Points
296
Awards
1
Semua iPhone 15 Di Jangka Hadir Dengan Sokongan “Dynamic Island”

Pada iPhone 14 Pro dan juga iPhone 14 Pro Max, Apple telah memperkenalkan rekaan skrin baharu yang menyertakan lubang “pil”, dan bersama dengannya adalah sokongan perisian yang menjadikan bahagian berkenaan interaktif, melalui apa yang dinamakan Dynamic Island.

Dynamic-Island-950x534.jpeg.webp


Melalui ciri tersebut, bahagian skrin berlubang tersebut dilengkapkan dengan sokongan notifikasi dan paparan pantas – menjadikan ia sangat menarik, dan berbeza berbanding sejumlah peranti lain di pasaran. Ciri ini juga turut menarik minat ramai dalam mendapatkan model iPhone 14 Pro, berbanding versi biasa. Kini, mengikut penganalisa Ross Young, Apple dijangka menyertakan ciri Dynamic Island ini pada keseluruhan model iPhone 15 yang bakal diperkenalkan pada 2023 kelak.

Ini bermakna, ciri tersebut turut akan diperluaskan ke model bukan “Pro” pada tahun 2023.

iPhone-Dynamic-Island-950x534.jpeg.webp


Memandangkan terdapat tempoh hampir setahun lagi sebelum pengenalannya, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkaitan telefon pintar Apple ini.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register