BTC USD 39,783.6 Gold USD 1,827.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Internet mahal dan perlahan. Di mana silapnya?

Syaffieq25

Active Member
Joined
May 29, 2008
Messages
1,221
Reaction score
22
Points
25
Sebagai pengguna Streamyx, kita mungkin menyedari bahawa kita membayar terlalu banyak untuk kelajuan sekadar 1mbps. Bayaran RM88 sememangnya sangat tinggi berbanding negara lain. Mungkin ramai yang mampu membayarnya, namun jika kita fikir secara terbuka, ianya lebih mahal dari bayaran bulanan sebuah motor untuk pinjaman 3 tahun !

Saya ingatkan dalam tulisan ini, kita sememangnya tidak boleh membandingkan kelajuan antara negara kita dan negara Eropah, Jepun mahupun Amerika Syarikat. Namun persoalannya, adakah perkhidmatan yang kita dapat setimpal dengan apa yang kita laburkan ?

Mengambil contoh penggunaan internet, telefon dan satelit TV. Sejujurnya sebagai seorang yang pernah tinggal di Eropah lebih 5 tahun, saya berasa agak terkilan dengan suasana di Malaysia. Saya akan huraikan satu persatu, termasuk huraian kenapa benda ini boleh terjadi.

Bagi kita pembaca blog dan pengguna internet, saya hanya akan menguraikan mengenai internet, telefon dan satelit TV secara am dan bukannya mendalam. Di Perancis, kos internet yang Wan pakai ialah 29.99euros sebulan. Ianya termasuk internet dengan kelajuan 28mbps, telefon tanpa had (unlimited calls) ke seluruh Perancis dan 48 negara lain, dan juga pilihan siaran TV lebih daripada 200 channels. Anda kurang yakin dengan dakwaan saya ini, sila lawat website Free, dan guna translator jika anda tidak boleh berbahasa Perancis.

Jika ditukarkan 29.99euros kepada Ringgit Malaysia, ianya adalah RM139. Namun saya lebih gemar berbicara dalam konsep kemampuan membeli. Kita anggap 30euros bersamaan RM30. Gaji minimum di France ialah 1330euros dan gaji minimum di Malaysia ialah (anda isikan sendiri)….. Maksudnya, jika anda bekerja di sana, gaji anda ialah 1300euros dan jika anda bekerja di sini, gaji anda ialah RM1300.

Saya telah jelaskan bahawa saya membayar 29.99euros untuk telefon, internet dan TV. Bagaimana pula di Malaysia? Di Malaysia, Stremyx berharga RM88 sebulan untuk kelajuan 1mbps, Let’s Talk berharga RM388 sebulan (utk panggilan nasional tanpa had tidak termasuk panggilan antarabangsa), dan Astro set penuh pula berharga RM139.95. Kos keselurahan untuk menikmati apa yang sama dengan French nikmati ialah RM615.95 ataupun 149euros… 5 kali lebih mahal berbanding France sendiri! Anda boleh google dan cari site berkaitan jika tidak percaya kepada fakta ini.

Persoalannya, kenapa perkara ini terjadi? Jawapan ringkas ialah “tiada persaing”!

Kita ambil contoh penggunaan telefon bimbit di sini. Dengan tidak mengenepikan Digi, kita sentiasa melihat persaingan hebat antara Celcom dan Maxis. Jika dahulu SMS adalah 15sen untuk satu sms, harga SMS sekarang serendah 1sen dan 7sen. Apabila Maxis menurunkan harga SMS dari 15sen kepada 7sen, Celcom juga berbuat demikian dalam julat masa yang kecil. Apabila satu syarikat memulakan perkhidmatan “kongsi kredit” (airtime share), syarikat yang satu lagi juga berbuat demikina. Kenapa ini terjadi? Jawapan ringkas ialah kerana wujudnya persaingan yang sengit.

Bukan setakat internet yang tiada persaingan, TV satelit juga mengalami benda yang sama. Kita hanya ada Astro dan tiada pilihan lain kerana tiada persaingan. Dan separuh antara kita sedar bahawa kebanyakkan pilihan siaran di Astro, boleh didapati secara percuma di internet dengan menggunakan live-streaming.

Mungkin anda mengatakan saya melampau kerana membandingkan Eropah dan Malaysia. Namun, anda perlu sedar bahawa semua teknologi ini berasal dari Jepun, dan Jepun lebih dekat dengan Malaysia berbanding Eropah! Malah, jika Eropah menempah jentera internet dari Jepun, barang tersebut akan dihantar melalui jalan laut, dan akan singgah di Klang terlebih dahulu. Tidak mustahil kenapa kereta Jepun lambat sampai ke Eropah berbanding Malaysia.

Namun, kita tidak mengambil kesempatan kerana kos pelaburan yang tinggi. Di Perancis, terdapat lebih dari 10 syarikat yang menyediakan kemudahan pengkhidmatan internet. Dan mereka terpaksa bersaing. Sejujurnya, internet di Perancis pada 2002 ialah 42kbps, dan di Malaysia ialah 56kbps. Namun, kelajuan pada hari ini ialah 28mbps berbanding 1mbps. Sekali lagi saya ingatkan, semua teknologi dari Jepun dan dihantar melalui jalan laut yang melalui Selat Melaka !

Satu lagi idea, saya tinggal di Kubang Kerian, salah satu kawasan yang paling padat di Kelantan. Saya pernah menghubungi TMnet dan bertanyakan kenapa internet saya perlahan. Jawapan yang diberikan ialah: “Terlalu banyak connection dan pemancar kami tetap sama”. Dan jika ada syarikat lain yang bersaing, mungkin bilangan pemancar akan bertambah, pengguna akan bertukar syarikat, seterusnya TMnet akan menurunkan harga untuk menarik kembali pengguna.

Lupakan. Kita perlukan syarikat yang sanggup bersaing sengit dengan TMnet dan Astro, seperti sengitnya persaingan Celcom dan Maxis (dan juga Digi)

Mungkin kita perlu fikir sejenak bahawa kita membayar RM88 untuk sesuatu yang tidak berbaloi dan sangat perlahan.

Itu sekadar internet, hiburan duniawi bukan? Sama-sama kita renungkan

:(scam:(scam

Info ini dipetik dari http://syokkahwin.com/blog/
 
Sponsored Post

amira88

Legendary Member
Joined
Mar 5, 2008
Messages
12,032
Reaction score
12
Points
115
huh...

mmg tenet kiter hampeh...
 

protozuaqs

Super Active Member
Joined
Oct 11, 2007
Messages
9,728
Reaction score
118
Points
83
bukankah sudah diwar-warkan didalam internet,blog ,forum dan sebagainya dan boleh dikatakan hampir 90% pelanggan streamyx mengetahui bahawa

"TM NUT is SU*K"

kecuali bagi orang yg tinggal dikawasan VVIP dan kediaman para menteri....speed laju gila.
 

Syaffieq25

Active Member
Joined
May 29, 2008
Messages
1,221
Reaction score
22
Points
25
Ye ke, yg duduk area VVIP ni laju giler. aku duduk rumah setinggan je, patut la slow mcm hampeh
 

manCatur

Active Member
Joined
Jul 16, 2006
Messages
1,927
Reaction score
5
Points
35
aku amat setuju dgn tuan tanah. dah la service lambat (streamyx) malah selalu down plak tu. Tempat aku ni (Lahad Datu)gerenti tiap2 bulan mesti down.adoi....#@$#@$%@

*Cubalah kita boleh dpt line selaju 28MB. Apalagi...trus aku putuskan Astro.
 

tapirbawaklori

Super Active Member
Joined
Oct 24, 2007
Messages
8,149
Reaction score
207
Points
73
aku setuju....nak pasang port aku pun makan satu bulan...banganggg...pasang port jer makan sebulan....dah la lembab...tah apa tah...aku harapkan camni jer...Time dot com masuk pasaran tuk user umah lak..pastu celcom suma buat camtu ....masuk skali dalam internet...tapi skang ni dah kira celcom lagi laju la ..
 

MoHaN

Junior Member
Joined
Nov 9, 2008
Messages
79
Reaction score
3
Points
11
Bro.. u boleh lajukan speed u sikit.. windows akan block 20% of your line speed.. u kena tukar 20% ke zero percent.. than everythin will be ok..
 

MoHaN

Junior Member
Joined
Nov 9, 2008
Messages
79
Reaction score
3
Points
11
Bro.. u boleh lajukan speed u sikit.. windows akan block 20% of your line speed.. u kena tukar 20% ke zero percent.. than everythin will be ok..
 

protozuaqs

Super Active Member
Joined
Oct 11, 2007
Messages
9,728
Reaction score
118
Points
83
satu lagi,pakej SOHO diwajibkan untuk pejabat..maknanya kalau anda ingin pasang untuk kegunaan pejabat,wajib langgan pakej SOHO,x boleh langgan yg RM88 punyer...padahal kelajuan adalah sama.

Yang sakitnya,kita langgan untuk mendapat download bandwitdh 1Mbps,
tp yg dapat kekadang 700-800kbps,internet pulak selalu putus-putus.Jadi masalah pulak bila nak mendownload secara schedule.

Bila buatreport,tindakan tetap sama...datang usik2 sikit jer,pastu cakap ni kita kene itu,kene ini,last-last hasil tatap sama,cam tahi.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register