Internet : Disebalik nya tersembunyi agenda ISRAEL

CG Sponsors




RizMa

Active+ Member
Platinum Member
Joined
Apr 29, 2007
Messages
4,475
Reaction score
112
Points
38
Salam, semua.

Sedarkah kita selama ini dunia internet sememangnya penuh dengan helah dan agenda tertentu dari org kafir

apa yg ingin dikongsikan adalah di petik dari satu web utk kite hayati bersama

Istilah ‘trafik‘, atau bermaksud aliran keluar masuk pelawat memang selalu dikejar tuan tanah (baca: webmaster). Trafik inilah sumber pengaruh, wang ringgit dan kekuasaan manusia di dunia maya. Tinggi trafik, semakin tinggilah nilai sesebuah laman itu.

Seperti yang pernah aku utarakan kepentingan SEO bagi sesebuah laman, kata kunci yang mesra enjin carian amat diperlukan.

Contohnya, bila ada peristiwa seorang menteri X yang terkentut di tangga pesawat, pastinya tiga katakunci ini, iaitu ”menteri X”, “kentut”, “pesawat” akan sering ditaip di enjin carian (sekadar contoh). Maka, apa saja laman atau blog entri yang terdiri dari ketiga-tiga katakunci ini, sememangnya akan duduk pada tangga teratas jika ketiga-tiga kata kunci itu ditaip di enjin carian.

SangPelangi telah dengan tanpa sengaja, terkesan juga dalam hal ini. Artikel yang cuma kusalin dari sahabat (tanpa usul periksa) telah menjadi bualan hebat di ruang maya, terutamanya di Indonesia, bila pautan dari entri berkaitan isu Sai Baba dan Dajjal itu disebar dengan begitu pantas. Perdebatan hangat di gelanggang komentar itu terpaksa kututup setelah muncul video penipuan Sai Baba yang rupanya cuma bermain silap mata.

Baiklah. Ia adalah kesilapan terbesar yang pernah aku lakukan di SangPelangi, itu aku akui seikhlas hati. Selepas itu, dan sehingga kini, aku lebih berhati-hati dalam mencoret ketujuh-tujuh warna di awanan maya.

Baru-baru ini, setelah peristiwa serangan Zionis ke atas Gaza memuncak, beberapa laman web muncul untuk menarik trafik dari katakunci yang berkaitan. Perumpamaan ‘menangguk di air keruh’, memang tidak dapat lari dari dunia maya.

Berikut aku apungkan salah satu contoh dari ribuan laman yang merencanakan agenda tersembunyi sebalik isu saudara kita di Palestin itu:




(aku tidak menyatakan alamat URL laman itu di sini, kerana tidak mahu menyumbangkan walau sekelumit pun trafik dari SangPelangi ke sana.)

Ini antara taktik keji individu tertentu, dengan sengaja meletakkan statistik peratusan sokongan terhadap Palestin yang rendah berbanding Israel, manakala beza antara keduanya cuma sedikit saja. Tujuan utama, mestilah ingin menarik trafik.

Bila seseorang Muslim yang sedang menggelegak amarahnya melihatkan statistik sebegini, dengan segeralah si dia itu akan mempromosikan laman itu kepada sahabatnya. Kononnya ingin berlawan sokongan siapa yang paling kuat. Bukankah kita sedia maklum, hampir seisi perut bumi yang menempelak hasil tangan Zionis?

Kau bawalah seberapa ramai sanak saudaramu ke laman tersebut. Pastinya tiada apa manfaat pun yang dapat dikutip. Cuma akan tersimpullah senyuman liar individu di balik semuanya ini. Lihat saja iklan bersepah-sepah di sana sini. Kalau sekalipun tiada klik ke atas iklan itu, jangan tak tahu ada iklan yang dibayar mengikut jumlah impression, contohnya dibayar $1 untuk 1000 impressions (pelawat). Jadi, trafik itu sendiri sudah dikira rezeki buat mereka.

Jadi, apa yang boleh dilakukan? Soalan itu mudah saja untuk dijawab.

1. Sumber dipercayai.

Kalian perlulah terus kekal membaca maklumat penting dari sumber yang dipercayai, dan kalian betul-betul kenal penulisnya. Jika ada iklan sekalipun, pastikan sumber pendapatan iklannya itu untuk keperluan laman itu bertahan, atau disalurkan kepada mereka yang tertindas. Kemudian, barulah kalian sangat digalakkan untuk klik iklan di laman itu.

2. Berfaedah.

Kalian cuma perlu memberikan sokongan terhadap laman yang memberikan kesedaran akan kemurungan Palestin, bukannya mengajak kamu untuk membuang masa seperti bermain permainan Flash, atau mengundi sesuatu, atau menandatangani apa-apa petisyen (kecuali sahih bahawa hasil petisyen itu akan diketengahkan oleh pihak tertentu ke peringkat pemerintah).

Nota: Maaf, aku kurang setuju dengan permainan baling kasut kepada Bush. Melainkan aku termotivasi setelah membaca ayat dorongan di sini.

3. Berwaspada.

Gunakan tool Who.Is . Masukkan alamat URL (dot com) laman yang kau curigai di situ untuk mengenal siapa pemiliknya. Seperti laman Fotopages.com, pemiliknya bertapak di Israel (rujuk di sini). Kalau pemilik laman undi di atas (screenshot tadi), pemiliknya bertapak di Amerika.

Atau seperti saranan Bob (gunakan plugin NetCraft):

Sekian saja, perkongsian dan luahan rasa dari insan yang ‘agak’ terganggu, dengan kehadiran laman-laman tanggukan di air keruh ini.

petikan dari web :
http://www.sangpelangi.com/isu-palestin-berwaspadalah-di-interne.html#more-619
 
Sponsored Post

kuhik

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
thanks TT :)
 

RizMa

Active+ Member
Platinum Member
Joined
Apr 29, 2007
Messages
4,475
Reaction score
112
Points
38
ramai penggila blog amik kesempatan ke atas isu palestin
terutamanya org2 amerika dan israel

mereka sebarkan propaganda agar org melawati web mereka dgn penyataan sokongan kepada Islam atau sebagainya

kite kena hati2 dengan isu ni
 

ARIFFX

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Mar 27, 2008
Messages
12,037
Reaction score
159
Points
123
hohohoho...
internet marketer aje yg paham kepentingan traffic..

thanks TT
 

z3t_ex

Active+ Member
Joined
Feb 27, 2008
Messages
3,601
Reaction score
32
Points
30
aku t'sedar gak pasal laman web lawan peratusan pasal palestin tuh..
ape tak nyer,selama dua hari aku usha dlm tu(tnpa buat poll tu)..
angka yg sma jerk muncul..pelik btl..
 

adr

Fun Poster
Joined
Aug 25, 2008
Messages
545
Reaction score
1
Points
15
saper faham SEO mesti boleh ulas panjang lebar...aku fhm sikit2 jer
 

zolympus

Elite Member
Platinum Member
Joined
Dec 21, 2005
Messages
3,417
Reaction score
241
Points
33
Kesimpulan yang TT nak simpulkan di sini, ramai orang cuma mengambil kesempatan dalam isu-isu terbaru untuk menaikkan trafik laman Internet mereka.

Kalau ada isu mengenai Palestin, semua orang berlumba-lumba untuk menulis tentang Paletin, tanpa sebarang etika untuk menyebarkan kebenaran sebaliknya mengambil kesempatan atas peristiwa tersebut.

Ini bukan taktik baru. Di Malaysia pun orang ramai buat begini. Kita Norman Hakim ditangkap basah dengan Memey, semua orang berlumba-lumba untuk menulis tentang hal tersebut walhal isi kandungan boleh jadi berisi atau boleh jadi sampah. Malangnya, lebih banyak sampah dari yang isi.

Dan lebih malang, apabila nyawa Palestin itu dipolitikkan untuk menangguh di air keruh.

Webmaster: Untuk naikkan trafik
Pemimpin politik: Meraih sokongan rakyat
Penipu: Kutip derma sana sini tapi duit masuk ke perut mereka.

Jadi, dalam semangat-semangat kita, pastikan sokongan kita sampai ke pihak yang sepatutnya.
 

RizMa

Active+ Member
Platinum Member
Joined
Apr 29, 2007
Messages
4,475
Reaction score
112
Points
38
Kesimpulan yang TT nak simpulkan di sini, ramai orang cuma mengambil kesempatan dalam isu-isu terbaru untuk menaikkan trafik laman Internet mereka.

Kalau ada isu mengenai Palestin, semua orang berlumba-lumba untuk menulis tentang Paletin, tanpa sebarang etika untuk menyebarkan kebenaran sebaliknya mengambil kesempatan atas peristiwa tersebut.

Ini bukan taktik baru. Di Malaysia pun orang ramai buat begini. Kita Norman Hakim ditangkap basah dengan Memey, semua orang berlumba-lumba untuk menulis tentang hal tersebut walhal isi kandungan boleh jadi berisi atau boleh jadi sampah. Malangnya, lebih banyak sampah dari yang isi.

Dan lebih malang, apabila nyawa Palestin itu dipolitikkan untuk menangguh di air keruh.

Webmaster: Untuk naikkan trafik
Pemimpin politik: Meraih sokongan rakyat
Penipu: Kutip derma sana sini tapi duit masuk ke perut mereka.

Jadi, dalam semangat-semangat kita, pastikan sokongan kita sampai ke pihak yang sepatutnya.
Mmg benar sebagaimana kata2 tuan hamba.
hamba tumpang menyokongnya:D:D:D
 
Sponsored Post
Top
Log in Register