Interest Rate loan kereta turun 2.8%

CG Sponsors

nqfaq

Active Member
Joined
Sep 15, 2007
Messages
1,251
Reaction score
37
Points
30
Jualan kenderaan diramal susut 8.1 peratusKUALA LUMPUR 6 Jan. - Firma penyelidikan dan perunding antarabangsa Frost & Sullivan mengunjurkan jualan kenderaan di negara ini menyusut 8.1 peratus pada tahun ini kepada 501,500 buah berikutan krisis semasa ekonomi dan berkurangnya pelancaran model terbaru pada tahun ini.

Rakan Niaga dan Ketua Praktis Kenderaan dan Pengangkutan bagi Asia Pasifik, Kavan Mukhtyar berkata, unjuran penurunan dalam jumlah keseluruhan industri (TIV) pada tahun ini, adalah berikutan jualan secara besar-besaran yang diadakan pada tahun lalu.

''Frost Sullivan meramalkan jualan kenderaan pada 2008, meningkat 12 peratus lebih tinggi kepada 545,440 buah, meningkat 4.7 peratus daripada jangkaan awal berjumlah 521,200 buah berikutan pelancaran model baru dan momentum jualan berterusan pada 2007.

''Walaupun TIV pada tahun ini diramalkan lebih rendah berbanding tahun lalu, tetapi ia dianggap lebih berpatutan berbanding tahun 2006 dan 2007 yang masing-masing mempunyai TIV sebanyak 490,000 dan 487,000 buah,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas taklimat media mengenai unjuran sektor automotif Malaysia untuk 2009 di sini hari ini.
Tambah Mukhtyar, TIV bagi bulan Disember tahun lalu adalah diramal berada pada sekitar 37,000 hingga 39,000 buah.
Sementara itu, Mukhtyar berkata, kenderaan penumpang bakal menerima tekanan daripada keadaan ekonomi semasa apabila pelanggan mengambil sikap berhati-hati dalam membuat pinjaman baru dan menunda rancangan untuk bertukar kenderaan baru.

''Bagi kenderaan penumpang ia dijangka akan menyusut pada tahun ini 6.8 peratus, manakala kenderaan komersial menyaksikan kejatuhan terbesar sebanyak 20.9 peratus kepada 39,000 buah berbanding 49,325 buah tahun lalu, disebabkan oleh tindakan syarikat-syarikat membekukan pembelian baru,'' jelasnya.

Mukhtyar menjelaskan, walaupun unjuran yang dibuat oleh Frost & Sullivan rendah tetapi asas atau dasaran ekonomi Malaysia masih kukuh.

Meskipun aktiviti berkaitan eksport dan pembuatan akan terjejas, tetapi pencapaian ekonomi negara yang disumbangkan oleh sektor perkhidmatan dijangka masih dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi.

Mengulas mengenai kurangnya pelancaran model terbaru kenderaan tahun ini, Mukhtyar berkata, langkah itu merupakan strategi yang diambil oleh syarikat pengeluar kenderaan.
Selain itu, kata Mukhtyar, sektor jualan kenderaan dijangka mendapat sokongan daripada penurunan kadar faedah, permintaan berterusan untuk bertukar kenderaan, kadar inflasi yang rendah, pertumbuhan ekonomi dengan bantuan pakej rangsangan serta pelancaran segmen baru kenderaan pelbagai guna (MPV).

''Permintaan terhadap MPV dijangka meningkat sebanyak 7.2 peratus kepada 57,000 buah ekoran pelancaran model terbaru oleh Perusahaan Otomobil Nasional Bhd. (Proton) dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua).

''Kadar pinjaman kenderaan yang diunjurkan berada pada paras 2.8 hingga 2.9 peratus, akan menarik minat pinjaman dan menyokong jualan kenderaan keseluruhannya pada tahun ini,'' katanya.
Bagi tempoh jangka panjang, Frost & Sullivan meramalkan pertumbuhan jualan kenderaan di Malaysia sangat positif berikutan bilangan siswazah yang bakal memasuki pasaran kerja semakin meningkat.

boleh tolong pastikan cerita ni???
 
Sponsored Post

Jeb

CG Top Poster Club
Joined
Jan 2, 2007
Messages
39,505
Reaction score
124
Points
123
aik?turun ke makin naik??
 
duan2278

Fun Poster
Joined
Oct 14, 2008
Messages
230
Reaction score
0
Points
10

untuk keta rege 200k je kot
 
yusry2007

Super Active Member
Joined
Oct 19, 2007
Messages
5,816
Reaction score
35
Points
70
wahh.. kalau betol la mcm nie.. memang syok la kan.. silap2 lepas nie kancil RM100 je sebulan...
hehehhehe....
 
GT

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Nov 14, 2008
Messages
38,557
Reaction score
245
Points
123
Betul ker ni? Tepat pada masanya
 
fazarudin

Legendary Member
Joined
Jan 2, 2006
Messages
10,985
Reaction score
258
Points
136
betul ke nih..kalau camni aku mau rembat kancil 5 biji..
 
richestboy

Fun Poster
Joined
Sep 1, 2008
Messages
680
Reaction score
2
Points
15
btol ke ni tuan tanah.. setahu ak rate akan makin naik sbb syarat loan pun dah makin ketat. sumber dr mana ni?
 
asrul07

Active+ Member
Joined
Jul 17, 2008
Messages
3,055
Reaction score
3
Points
25
kena tunggu yg sahih..patut makin susah nak beli.bank sure naik kan interest time gawat mcm ni..syarat lagi la ketat
 
nqfaq

Active Member
Joined
Sep 15, 2007
Messages
1,251
Reaction score
37
Points
30
btol ke ni tuan tanah.. setahu ak rate akan makin naik sbb syarat loan pun dah makin ketat. sumber dr mana ni?
sumber harian metro 6 jan 09, itu yang aku nak compom kan ni, dealer kete kata int naik, cerita ni kata turun la plak, aku nak beli kete ni, nanti menyesal tak sudah.

kalau tanya dealer keta biasalah (5% je yg cakap betul) diorang kata interest naik, dgn harga2 keta sekali naik....ehhh pening2...kesian org malaysia ni tak habih2 sengsara nak beli keta...nak beli local car pun susah...mahal & int besar....:mad:
 
Sponsored Post
Top
Log in Register