BTC USD 51,556.6 Gold USD 2,035.57
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Interceptor 002 kutip topi keledar, ribuan botol & sampah sarap dalam sungai

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
37,760
Joined
Apr 15, 2012
Messages
37,760
Reaction score
3,474
Points
266
Awards
1
Interceptor-002-3-960x639.jpg

AGENSISELANGOR

by Nadiah ZamlusNovember 6, 2019 4:34 pm

SHAH ALAM, 6 NOV: Topi keledar, beg tangan dan botol pelbagai saiz antara ribuan sampah hanyut yang berjaya dikutip setiap hari di Sungai Klang melalui jentera Interceptor 002 kendalian The Ocean Cleanup.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Boyan Slat mengakui terkejut dengan hasil kutipan di sungai berkenaan, namun berpuas hati kerana berjaya menghalang sampah dari terus memasuki laut.
“Sungai Klang dipilih berdasarkan faktor lokasi dan keluasannya yang sesuai untuk operasi Interceptor 002.

“Di Klang, ‘interceptor’ ini mampu mengutip sehingga 100,000 kilogram (kg) sampah sehari dan bagi fasa pertama kami menyasarkan 10,000 kg sehari,” katanya dalam hantaran di laman twitter baru-baru ini.

Interceptor-002-1-500x375.jpg


Boyan yang juga pengasas The Ocean Cleanup menyasarkan untuk meneruskan projek sama ke 1,000 sungai tercemar di seluruh dunia menjelang 2025.
Sehingga kini sebanyak empat ‘interceptor’ telah dibina dan Interceptor 001 kini sedang beroperasi di Jakarta sementara dua lagi dijangka dipasang di Delta Mekong, Vietnam dan Santo Domingo, Republik Dominika.

Interceptor-002-2-500x333.jpg


Terdahulu pada 4 November lalu, Kerajaan Negeri mengumumkan Interceptor 002 digunakan untuk pembersihan sungai di bawah Gerbang Maritim Selangor (SMG).
Jentera pembersihan berkuasa solar yang dibina dengan kos kira-kira RM3.2 juta (700,000 Euro) itu dibiayai sepenuhnya oleh The Ocean Cleanup atas dasar tanggungjawab memelihara kehidupan sungai.

Operasi pembersihan dilakukan secara percuma selama setahun dengan kerjasama anak syarikat Kerjaan Negeri iaitu Landasan Lumayan Sdn Bhd.

sumber - https://selangorkini.my/2019/11/topi-keledar-ribuan-botol-antara-sampah-dikutip-interceptor-002/
 
Interceptor Bersihkan Sungai Klang

05.11.2019 - Klang, Topi keledar, beg tangan, botol plastik merupakan antara sampah yang berjaya dikutip 'Interceptor 002' yang mula beroperasi di Sungai Klang sejak Ogos lalu.

Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif The Ocean Cleanup, Boyan Slat, 'Interceptor' merupakan satu teknologi yang dibangunkan yang mampu mengutip sampah terapung di sungai sehingga 100,000 kilogram (kg) sehari.

The Ocean Cleanup merupakan organisasi bukan bermotifkan untung dari Belanda yang sedang membangunkan pelbagai teknologi maju untuk mengurangkan sampah plastik di laut dan sungai.

Kata Slat, pemilihan Sungai Klang sebagai antara lokasi awal pelancaran 'Interceptor' adalah berdasarkan tahap pencemaran sungai yang dilihat antara yang tertinggi, pada masa pihaknya menerima kerjasama baik kerajaan negeri Selangor.

"Teknologi ini dibangunkan dalam usaha mencegah sampah plastik masuk ke laut.

"80 peratus daripada masalah lambakan sampah plastik di laut datang dari sungai-sungai tercemar, dan kami mahu mencari jalan penyelesaian.

"Oleh itu, sekitar tahun 2015, kami mulakan projek yang melibatkan pembangunan, penyelidikan dan kejuruteraan dalam membangunkan teknologi ini," katanya pada satu sidang media, di sini, pada Isnin.

'Interceptor' sebelum ini pernah dilancarkan sebagai prototaip di Jakarta. Kini, ia juga akan dilancarkan di Sungai Mekong, Vietnam dan Santo Domingo di Dominican Republic.

"Kos bagi setiap 'Interceptor' adalah sekitar 700,000 Euro (RM3.2 juta) dan setiap 'Interceptor' ini mampu mengutip sehingga 100,000kg setiap hari.

"Alat ini juga menggunakan bateri solar dan beroperasi 24 jam sehari," kata Slat.

Sementara itu, Pengarah Urusan Landasan Lumayan Sdn Bhd Syaiful Azmen Nordin berkata, usaha ini selari dengan inisiatif pemuliharan sungai Selangor di bawah projek Selangor Maritime Gateway.

"Sungai Klang sememangnya merupakan antara sungai tercemar di Malaysia kerana ia merentasi beberapa bandar utama seperti Petaling Jaya dan Subang Jaya.

"Oleh itu, kami menyambut baik sebarang kerjasama dalam membangunkan infrastruktur dan membaik pulih alam sekitar," katanya.

Bagi Duta Besar Belanda di Malaysia, Aart Jacobi, insiatif tersebut juga dilihat mampu memberi peluang kepada Malaysia untuk membangunkan teknologi sama dengan persetujuan The Ocean Cleanup.

Tahun depan, The Ocean Cleanup mensasarkan untuk melaksanakan 10 projek baharu bermula dengan Thailand dan Amerika Syarikat.

Screenshot-1046.jpg


41572873188_freesize.jpg


81572873221_freesize.jpg


41572873201_freesize.jpg


Berita asal http://www.astroawani.com/berita-malaysia/interceptor-mula-operasi-bersihkan-sungai-klang-221789

Sponsored Post

elok la tu pasang kat sg klang.. teruk sgt dh tgk sungai tu
Ada tak kemungkinan tersedut sekali mayat penagih dalam sungai tu?
Sebab penagih ramai tidur bawah jejantas di Sogo.
Banyak kes mereka dihanyutkan air deras waktu hujan lebat ketika mereka tengah "fly....
 
Ada tak kemungkinan tersedut sekali mayat penagih dalam sungai tu?
Sebab penagih ramai tidur bawah jejantas di Sogo.
Banyak kes mereka dihanyutkan air deras waktu hujan lebat ketika mereka tengah "fly....
ada je tuan... kalo mayat mereka terapung.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register