Intel Rocket Lake-S Akan Tiba Dengan GPU Xe & Sokongan PCIe 4.0

CG Sponsors




Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
16,320
Reaction score
3,057
Points
236
AMD adalah syarikat pembuat cip pertama yang hadir dengan sokongan untuk sambungan PCIe 4.0 yang menjanjikan kadar penghantaran data yang cukup pantas untuk pengguna biasa.

Intel nampaknya hanya akan mengejar mereka sekitar penghujung akhir tahun ini apabila mereka memperkenalkan siri cip pemprosesan terbaru mereka yang dinamakan Intel Rocket Lake-S.

Melalui gambar slaid yang tertiris do VideoCardz, CPU Rocket Lake-S hadir dengan beberapa ciri-ciri yang cukup menarik walaupun ia masih dibina menggunakan teknologi 14nm yang cukup usang jika dibandingkan dengan CPU AMD Zen 2.

Pertama ialah CPU ini akan hadir dengan soket LGA1200, iaitu penambahbaikan dari segi jumlah pin dan penggunaan kuasa berbanding dengan LGA1151 yang digunakan Intel sejak sekian lama.

Kedua ialah CPU Rocket Lake-S ini akhirnya akan tiba dengan sokongan untuk PCIe 4.0 yang mempunyai sambungan terus kepada CPU, dimana ia boleh menyokong SSD PCIe 4.0 yang mempunyai kadar penghantaran data setinggi 7.0GB/s.

Jika itu tidak mencukupi, CPU ini juga akan menyokong kedua-dua format USB 3.2 dan juga USB4 yang mempunyai kadar penghantaran data sepantas 20Gb/s (USB 3.2) dan 40Gb/s (USB4).

Tetapi perkara yang paling menarik ialah kita mungkin bakal melihat penggunaan komersil pertama cip pemprosesan grafik Intel Xe didalam produk pengguna. Buat masa ini tiada spesifikasi khusus yang diketahui mengenai GPU tersebut, tetapi ramai yang menjangkakan ia akan berkali ganda lebih baik daripada teknologi Iris Graphics yang digunakan sekarang.

Melalui cip grafik tersebut, CPU Intel Rocket Lake-S ini turut memperlihatkan sokongan natif untuk sambungan HDMI 2.0 (sokongan resolusi 4K 60FPS terus dari CPU) dan juga DisplayPort HBR3 (sokongan resolusi 8K 60FPS terus dari CPU).

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui lagi bilakah Intel akan mengumumkan Rocket Lake-S secara rasmi, tetapi jika ini adalah sebahagian daripada ciri-ciri yang kita dapat lihat daripadanya, mungkin ini adalah tahun dimana Intel akhirnya akan memberi sedikit cabaran kepada siri CPU AMD.

 
Sponsored Post

Blackfont

Freshie
Joined
Dec 28, 2019
Messages
16
Reaction score
0
Points
3
IT's all very cool but my latest buy was motherboard on A320 chipset entirely to forget about all things like that absolutely and I do not have any need for PCI 4.0 cause I am sitting now on PCI 2.0 and do not even try third version entirely and possibly.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register