Intel Core i9 Di Dapati Hampir 20% Lebih Perlahan Berbanding Core i7

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,756
Reaction score
3,573
Points
236
Hasil daripada ujian yang dijalankan oleh laman NoteBook Check, mereka mendapati cip pemprosesan Intel Core i9 adalah lebih perlahan berbanding versi Core i7. Secara khususnya, siri cip Intel generasi ke-10 Core i9-10885H (Comet lake-H) yang digunakan pada model komputer riba Dell Precision 3551 adalah lebih perlahan berbanding siri cip Intel Core i7-10875H pada model komputer riba yang sama.

Pengurangan kuasa pemprosesan pada Intel Core i9-10885H pula didapati mencapai sehingga 20% berbanding Core i7 tersebut.

… the Core i9 CPU is slower in multi-threaded applications by about 20 percent according to CineBench benchmarks.” NoteBook Check.

NoteBook Check menjelaskan, perkara ini berlaku kerana ia ada kaitan dengan isu termal.

…we do believe the i9-10885H is able to narrow the gap if configured on laptops with better cooling.” NoteBook Check.

Komputer riba Dell Precision 3551 ditawarkan dari harga RM7,486.00 untuk model Core i7 dan boleh dikonfigurasi kepada cip Intel Core i9. Dell Precision 3551 disasarkan untuk pengguna profesional yang mahukan komputer riba berprestasi tinggi.

Screenshot-2987.jpg


Sumber asal https://www.notebookcheck.net/Intel...-slower-than-the-Core-i7-10875H.497644.0.html
 
Top
Log in Register