BTC USD 60,967.2 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PC News Intel Alder Lake - Akan Hadir Dengan Sokongan DDR5, PCIe5.0

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
32,210
Reaction score
4,197
Points
236
Intel Memperkenalkan Siri Cip Pemprosesan Generasi Ke-12 Mereka, Alder Lake – Akan Hadir Dengan Sokongan DDR5, PCIe5.0;

Tahun 2021 boleh dikatakan tahun dimana Intel akhirnya bangun dari tidur dan melancarkan serangan bertubi-tubi setelah melihat AMD mencuri kedudukan mereka sebagai syarikat pembuat cip pemprosesan yang terkemuka. Tahun ini sahaja memperlihatkan Intel memperkenalkan siri cip pemprosesan Tiger Lake untuk komputer riba dan Rocket Lake untuk komputer desktop, dan kini, butiran khusus mengenai cip pemprosesan generasi ke-12 mereka, Alder Lake diumumkan.
Alder-Lake-SoC-950x498.jpg.webp

Siri cip pemprosesan Intel Alder Lake akan menjadi siri cip pemprosesan pertama Intel yang akan dibina menggunakan proses pembangunan cip Intel baru yang dinamakan Intel 7, ataupun namanya sebelum ini, 10 nm Enhanced SuperFin. Siri cip pemprosesan ini juga akan menjadi siri cip pemprosesan Intel pertama yang akan menggunakan rekaan hibrid yang menggabungkan dua teras yang berbeza dalam satu cip pemprosesan.

Kedua-dua teras ini dinamakan Performance Core dan Efficient Core yang secara ringkasnya membolehkan cip pemprosesan ini meningkatkan atau mengurangkan penggunaan tenaga bergantung kepada tugasan yang sedang dijalankan oleh cip pemprosesan ini.
Alder-Lake-Efficiency-Core-950x498.jpg.webp

Konsep penggunaan kedua-dua teras ini adalah sesuatu yang baru untuk Intel, dan menurut pembentangan mereka, cip pemprosesan Alder Lake ini menawarkan prestasi satu teras 40 peratus lebih baik berbanding cip pemprosesan yang menggunakan teras Skylake dengan jumlah penggunaan tenaga yang sama.

Bukan itu sahaja, gabungan Performance Core dan Efficiency Core ini bermakna bahawa jika sesebuah tugas hanya memerlukan teras Efficiency Core untuk digunakan, pengguna masih akan mendapat prestasi 80 peratus daripada empat teras Efficiency Core Alder Lake pada kadar penggunaan tenaga lebih rendah dari 80 peratus daripada dua teras cip pemprosesan Skylake.
Alder-Lake-Cores-950x500.jpg.webp

Penambahbaikan ini boleh dikatakan agak penting khususnya kerana penjimatan kuasa kini dilihat sama penting dengan prestasi cip pemprosesan yang tiba di pasaran sekarang. Tatkala dunia kini sedang cuba untuk mengurangkan dan melestarikan penggunaan kuasa elektrik, kehadiran komponen yang tidak begitu memakan tenaga pastinya adalah sesuatu yang dimahui orang ramai.
Alder-Lake-Memory-950x500.jpg.webp

Intel turut mengesahkan bahawa siri cip pemprosesan Alder Lake akan menyokong kedua-dua memori DDR4 dan DDR5 apabila ia dilancarkan, dan oleh kerana rekaan baru cip pemprosesan ini, ia turut boleh memuatkan cip pemprosesan grafik Xe yang lebih berkuasa didalamnya. Ia juga disahkan bahawa siri cip pemprosesan Intel Alder Lake ini akan hadir dengan sokongan untuk PCIe 5.0, teknologi penghantaran data terbaru sepantas 128GB/s.
Alder-Lake-PCIe-5-950x500.jpg.webp

Intel dijangka akan memperkenalkan siri CPU Intel generasi ke-12 berdasarkan cip pemprosesan Alder Lake mereka pada awal tahun hadapan, kemungkinan besar di acara Consumer Electronics Show 2022 di Las Vegas kelak.​
 

CG Sponsors




Top
Log in Register