Insurans punya pasal

CG Sponsors




alonso

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 1, 2008
Messages
62,520
Reaction score
426
Points
531
Oleh Salman Hamat
[email protected]



KUALA LUMUR: Kerana tidak mahu seorang anggota keluarga mereka yang maut dalam kemalangan jalan raya dibedah siasat, ahli keluarga mangsa dipercayai mempunyai hubungan dengan seorang VIP membawa jenazah mangsa pulang ke rumah dengan alasan untuk mengebumikannya segera.

Bagaimanapun, mereka dikatakan mengubah fikiran dengan membawa jenazah terbabit ke Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas risau tidak boleh menuntut perlindungan insurans sekiranya mayat mangsa tidak menjalani prosedur bedah siasat untuk mengetahui punca kematiannya.

Dalam kejadian Sabtu lalu, mangsa seorang lelaki berusia 21 tahun dikatakan maut selepas digilis sebuah bas kira-kira jam 8 malam di Jalan Ampang, di sini.

Mangsa yang menunggang motosikal berseorangan dikatakan cuba memotong bas tetapi motosikal terbabit dikatakan bergesel dengan sebuah kenderaan lain menyebabkan mangsa hilang kawalan dan terperosok di bawah badan bas, dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut sumber, mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik HKL bagi prosedur bedah siasat namun dihalang ahli keluarga mangsa hingga menimbulkan ketegangan antara pihak keluarga dan pengurusan jabatan berkenaan.


Selepas jam 12 tengah malam ahli keluarga mangsa yang tetap dengan keputusan mereka membawa jenazah pulang untuk dikebumikan.

“Bagaimanapun, jam 9 pagi keesokannya petugas di Jabatan berkenaan terkejut apabila keluarga mangsa dikatakan membawa jenazah semula ke HKL untuk dibedah siasat.

“Petugas yang dikatakan sudah menjangkakan tindakan itu kemudian meneruskan prosedur terbabit dan mayat mangsa dituntut ahli keluarganya pada jam 12 tengah hari,” katanya


anak dia ade insurans juta-jutaan ringgit ke???
:-?:D
 
Sponsored Post

marlen

Legendary Member
Joined
May 27, 2008
Messages
16,925
Reaction score
31
Points
125
menyeksa mayat tu je..
 

badrush

Super Active Member
Joined
Sep 4, 2008
Messages
5,519
Reaction score
18
Points
65
seksa mayat tu...

duit punya pasall
 

tomie

CG Hardcore Club
Joined
Dec 25, 2006
Messages
73,872
Reaction score
8,262
Points
716
Oleh Salman Hamat
[email protected]



KUALA LUMUR: Kerana tidak mahu seorang anggota keluarga mereka yang maut dalam kemalangan jalan raya dibedah siasat, ahli keluarga mangsa dipercayai mempunyai hubungan dengan seorang VIP membawa jenazah mangsa pulang ke rumah dengan alasan untuk mengebumikannya segera.

Bagaimanapun, mereka dikatakan mengubah fikiran dengan membawa jenazah terbabit ke Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas risau tidak boleh menuntut perlindungan insurans sekiranya mayat mangsa tidak menjalani prosedur bedah siasat untuk mengetahui punca kematiannya.

Dalam kejadian Sabtu lalu, mangsa seorang lelaki berusia 21 tahun dikatakan maut selepas digilis sebuah bas kira-kira jam 8 malam di Jalan Ampang, di sini.

Mangsa yang menunggang motosikal berseorangan dikatakan cuba memotong bas tetapi motosikal terbabit dikatakan bergesel dengan sebuah kenderaan lain menyebabkan mangsa hilang kawalan dan terperosok di bawah badan bas, dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut sumber, mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik HKL bagi prosedur bedah siasat namun dihalang ahli keluarga mangsa hingga menimbulkan ketegangan antara pihak keluarga dan pengurusan jabatan berkenaan.


Selepas jam 12 tengah malam ahli keluarga mangsa yang tetap dengan keputusan mereka membawa jenazah pulang untuk dikebumikan.

“Bagaimanapun, jam 9 pagi keesokannya petugas di Jabatan berkenaan terkejut apabila keluarga mangsa dikatakan membawa jenazah semula ke HKL untuk dibedah siasat.

“Petugas yang dikatakan sudah menjangkakan tindakan itu kemudian meneruskan prosedur terbabit dan mayat mangsa dituntut ahli keluarganya pada jam 12 tengah hari,” katanya


anak dia ade insurans juta-jutaan ringgit ke???
:-?:D
tak kisahlah
daripada tak dapat langsung :">
apa punya tur daaa :p
 

infosinar

Active+ Member
Joined
Sep 20, 2008
Messages
3,723
Reaction score
4
Points
35
ish2x duit nya pasal sanggup seksa mayat tu..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register